Saturday, August 05, 2006

Seruan Kepada Pihak Polis Untuk Mempertingkatkan Prestasi Polis Dalam Memerangi Aktiviti-Aktiviti Jenayah

Memorandum yang diserahkan kepada Ketua Polis Negeri Selangor....
4hb Ogos 2006

DCP Dato’ Yahya bin Udin,
Ketua Polis Negeri Selangor
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor
Seksyen 9, Persiaran Kayangan,
Peti Surat 7036,
40912 Shah Alam,
Selangor. Melalui Tangan / Tanpa Prejudis

Y. Bhg Dato’

Seruan Kepada Pihak Polis Untuk Mempertingkatkan Prestasi Polis Dalam Memerangi Aktiviti-Aktiviti Jenayah

Salah satu sebab Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Di-Raja Malaysia ditubuhkan selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri adalah kerana kebingungan dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kejadian jenayaj yang semakin terjadi seperti perogolan dan pembunuhan Canny Ong pada Jun 2003 serta kematian-kematian yang disebabkan oleh peragut-peragut di mana kes-kes jenayah sebegini boleh dielakkan.

Berbanding dengan keselamatan awam negara kita pada tahun-tahun 50-an, 60-an dan 70-an, keadaan telah menjadi semakin serious sejak kebelakangan ini, di mana rakyat tidak mengira bangsa, agama, budaya dan jantina berasa semakin terancam, sama ada dari segi nyawa mereka ataupun harta benda mereka.


Pembunuhan yang langsung tidak berperi-kemanusiaan sepeti apa yang terjadi pada pelajar 18 tahun yang bernama Lee Kean Yip dari Ipoh di Wangsa Maju sekali lagi menimbulkan tanda soal terhadap keberkesanan polis dalam pembanterasan jenayah.

Perlu diingatkan bahawa kualiti kehidupan tidak harus diukur dari segi pendapatan wang ringgit sahaja, tetapi ianya juga harus meliputi kadar jenayah kerana kadar jenayah yang tinggi boleh menjejaskan kualiti kehidupan sesebuah masyarakat.

Sebagai sebuah negeri yang telah mengiystiharkan dirinya sebagai salah sebuah negeri yang tinggi, keadaan jenayah yang melampung tinggi bukan sahaja merupakan satu senario yang tidak sihat, malahan ianya juga akan mendatangkan beban tambahan dari segi fizikal, mental dan kewangan kepada rakyat.

DAP Selangor berpendapat bahawa:
1. Cara utama yang paling efektif untuk mengesan dan membanteras kegiatan jenayah adalah untuk mengadakan satu pasukan polis yang moden, profesional dan berdaya saingan tinggi yang mampu memberi perkhidmatan polis dunia pertama untuk mengurangkan kegiatan jenayah, ketakutan terhadap jenayah dan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa jalanraya dan tempat-tempat awam di Malaysia adalah selamat.

2. Kedua, polis perlu menyusun semula penggunaan sumber manusia pasukan Polis. Pada masa sekarang, walaupun hanya terdapat 90,000 orang anggota Polis, hanya lebih kurang 7% ataupun kira-kira 6,000 anggota polis daripada mereka yang terlibat dalam kerja-kerja pembanterasan jenayah. Peratusan ini perlu dipertingkatkan kepada 20 peratus dengan serta-merta dan beransur-ansur ke paras minimum iaitu 30% dengan membebaskan anggota-anggota polis daripada kerja-kerja kekeranian dan kerja-kerja lain yang tiada kaitan langsung dengan membanteras jenayah seperti Cawangan Khas.

3. Satu Pelan Polis Kebangsaan perlu diadakan. Pelan ini perlu disokong pula oleh Pelan Polis Tempatan di setiap Daerah Polis. Pelan ini adalah penting untuk menetapkan keutamaan dalam kerja polis, bagaimana kerja-kerja polis ini boleh dilaksanakan dan penunjuk-penunjuk tertentu untuk menilai prestasi seseorang anggota polis. Pelan ini harus ditentukan dengan penglibatan orang ramai memandangkan adalah mustahil untuk mana-mana pasukan polis di dunia ini dapat menjalankan tugasnya dengan efektif tanpa penglibatan daripada orang ramai.

Pelan ini juga wajar menetapkan sasaran-sasaran dan jangka masa untuk pengurangan kadar jenayah seperti kes ragut. Sebagai contohnya, kawasan-kawasan hitam di setiap IPD perlu dikenal-pasti supaya tindakan cepat boleh dilakukan apabila sesuatu kegiatan jenayah dilaporkan. Kawasan hitam ini perlu diumunkan kepada orang ramai dan usaha perlu dipergiatkan untuk menjadikannya sebagai kawasan putih.

4. Memberi kebebasan dan kuasa kepada pegawai-pegawai penyiasat di setiap lokaliti untuk menjalankan kerja-kerja siasatan mereka kerana merekalah yang berada di barisan hadapan untuk memerangi penyenayah dan mereka juga merupakan anggota-anggota polis yang paling memahami dinamik kawasan tugasan mereka. Oleh itu, potensi mereka dalama memerangi jenayah tidaka harus diabaikan oleh pegawai-pegawai di Ibu Pejabat. Pemetaan jenayah (Crime Mapping) juga harus diguna untuk menganalisa kadar jenayah yang berlaku di sesuatu tempat dengan komprehensif di mana data-data dan statistik ini merupakan maklumat yang penting untuk merangka cara-cara pembanterasan jenayah yang terbaik.

Harapan kami adalah supaya pasukan Polis Malaysia dapat berubah menjadi antara pasukan polis yang berwibawa dan unggul.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

DAP Selangor.

No comments: