Monday, February 19, 2007

More money to come - election is near

BN continues to hand out taxpayers' money to the rural area as part of their effort to strengthen their ground in their traditional strongholds - Johore.

Billions and millions of ringgit are handed out and announcements are made for the past few days. By the time it trickles out to the hand of the rural public, it will be time for election.

Be prepared.

RM1.14b taja 2,600 pelajar
Oleh Mohd Roji Abdullah

Kerajaan mahu mantapkan pembangunan modal insan bagi bidang kritikal

BATU PAHAT: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperuntukkan RM1.14 bilion sebagai biasiswa kepada 2,600 pelajar tajaannya untuk mengikuti pengajian di universiti dalam dan luar negara tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM920 juta diperuntukkan kepada 1,800 pelajar yang akan mengikuti pengajian di luar negara manakala RM221 juta lagi diperuntukkan kepada 8,000 pelajar dalam negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Abdul Raman Suliman, berkata JPA menambah 300 lagi tempat untuk pelajar tajaan JPA yang mengikuti Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2007 menjadikannya seramai 1,800 orang berbanding 1,500 orang tahun lalu.

Bagi pelajar yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan pula, sebanyak 3,000 lagi biasiswa ditawarkan menjadikan jumlah keseluruhan 8,000 berbanding 5,000 sebelum ini.

"Pertambahan jumlah biasiswa itu sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memantapkan pembangunan modal insan dan kita memberi keutamaan kepada bidang kritikal seperti kejuruteraan dan perubatan.

"Permohonan untuk mendapatkan biasiswa itu terbuka kepada pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 yang keputusannya dijangka diumumkan 12 Mac ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Anugerah Pelajar Cemerlang parlimen Parit Sulong 2006, di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Sulaiman, di sini, semalam. Hadir sama, Ahli Parlimen Parit Sulong, Syed Hood Syed Edros.

Abdul Raman berkata, iklan tawaran biasiswa JPA itu akan disiarkan menerusi laman web, www.jpa.gov.my dan akhbar tempatan selama empat hari pada 4, 5, 11 dan 13 Mac ini.

"Calon juga boleh merujuk laman web berkenaan untuk mengetahui butiran tawaran serta syarat kelayakan mengikuti PILN 2007," katanya.

Beliau berkata, pertimbangan khas turut diberikan kepada calon SPM yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah yang memperoleh keputusan cemerlang pada ujian itu.

"Calon yang mendapat keputusan 10A1 daripada keluarga berpendapatan tidak melebihi RM1,500 sebulan akan ditawarkan biasiswa JPA secara automatik,” katanya.

"Bagaimanapun, mereka masih perlu mematuhi peraturan dan kriteria PILN dan melalui proses temuduga seperti calon lain," katanya.

Tambahan RM52.2j bantu mangsa banjir di Johor

BATU PAHAT: Datuk Seri Najib Razak yang melakukan kunjungan kali ketujuh ke Johor sejak negeri itu dilanda dua gelombang banjir akhir Disember tahun lalu dan awal tahun ini, mengumumkan bantuan kewangan tambahan RM52.2 juta kepada mangsa banjir di negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bantuan itu bagi membolehkan keluarga mangsa memperbaiki rumah rosak akibat bencana itu. Mangsa yang rumahnya dinaiki air lebih 1.5 meter menerima RM1,100, manakala kurang 1.5 meter menerima RM700.

Setakat ini, kerajaan membelanjakan RM130 juta bagi pemberian wang ihsan memulihkan kehidupan mangsa banjir di seluruh negara.

Beliau berkata, ia peruntukan terbesar pernah dikeluarkan kepada mangsa bencana alam berbanding kejadian banjir sebelum ini.

Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata, daripada RM130 juta pelbagai bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir, sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi 68,334 mangsa banjir di seluruh Johor.

Sebelum ini, beliau berkata, kerajaan sudah mengagihkan wang ihsan RM200 sebanyak dua kali kepada keluarga mangsa banjir, diikuti RM500 bagi peralatan rumah rosak dan RM100 bagi murid sekolah rendah dan RM200 kepada pelajar sekolah menengah.

“Bagi wang ihsan rumah rosak, kita menerima cadangan kerajaan Johor supaya bayaran dibuat secara purata memandangkan ia membabitkan jumlah mangsa ramai dan meliputi kawasan yang luas.

“Saya harap tidak ada lagi selepas ini... jangan bunyi lagi dan ini dikira penutup pemberian daripada kerajaan,” katanya berucap pada Majlis Penyampaian Wang Ihsan Bantuan Tambahan kepada 84 mangsa banjir bagi 10 mukim di daerah ini, di Institut Perguruan Tun Hussein Onn, di sini, petang semalam.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Latif Yusof dan exco kerajaan negeri.

Najib berkata, daripada RM52.2 juta wang ihsan untuk rumah rosak, kerajaan menyediakan RM12.138 juta kepada 11,035 keluarga mangsa banjir di Johor yang rumah mereka dinaiki air lebih 1.5 meter manakala RM40.109 juta kepada 57,299 keluarga yang rumah mereka dinaiki air kurang 1.5 meter.

Katanya, pemberian wang ihsan bagi rumah rosak bagi daerah lain akan diagihkan dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata, daerah Segamat mencatatkan jumlah mangsa banjir teramai menerima wang ihsan RM1,100 bagi rumah mereka yang dinaiki air lebih 1.5 meter iaitu 4,045 keluarga mangsa.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengenal pasti 94 rumah rosak teruk dalam kejadian banjir dua kali di Johor baru-baru ini sebelum membina rumah mangsa banjir yang musnah teruk.

Selain itu, katanya, kerajaan Johor juga sedang mengenal pasti lokasi kawasan perkampungan di tepi tanah rizab sungai yang akan dipindahkan ke tempat lebih selamat.

No comments: