Monday, January 26, 2009

Pengambilan Rekrut Baru

Kekosongan Jawatan Bagi Konstabel Sukarelawan Polis Lelaki dan Wanita di dalam Pasukan Sukarelawan Polis Kontinjen Selangor.

Warganegara Malaysia Lelaki dan Perempuan yang berkelayakan adalah dipelawa untuk menjadi Konstabel Sukarelawan Polis di dalam Pasukan Sukarelawan Polis Kontinjen Selangor. Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang-borang permohonan di mana-mana Pejabat Sukarelawan Polis Daerah Kontinjen Selangor atau di Ibu Pejabat Sukarelawan Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam atau boleh dimuat turun dari Halaman Web Site.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Ketua Sukarelawan Polis Daerah Kontinjen Selangor yang berdekatan ataupun terus kepada Ibu Pejabat Sukarelawan Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam.

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 31hb. Mac 2009. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.spdrmselangor.org.my/

No comments: