Friday, February 12, 2010

RM513,000 lesap dalam 16 hari? Zainal Abidin Sakom perlu beri penjelasan

Saya difahamkan bahawa Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom yang merupakan mantan ADUN Batang Kali telah menghabiskan peruntukan kawasannya pada tahun 2008 dalam masa kurang daripada tiga bulan dan jumlah yang beliau habiskan ialah RM512,000, iaitu RM12,000 lebih banyak daripada jumpah peruntukan tahunan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada setiap DUN.
Kita sedia maklum bahawa hampir kesemua ADUN-ADUN BN di Selangor telah menghabiskan peruntukan RM500,000 dalam tempoh beberapa minggu sebelum pilihan raya Mac 2008.
Jika dibuat pertandingan, Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom boleh dinobatkan sebagai juara di mana beliau hanya mengambil masa 16 hari sahaja untuk menghabiskan keseluruhan peruntukan RM500,000. Malah bukan itu sahaja, beliau telah membelanjakan jumlah besar sebanyak RM513,000 dan ini telah melampaui had maksima bajet yang dibenarkan.
Ini juga telah dibongkarkan dan diterangkan dengan lebih lanjut dalam laman web www.tawanmalaysia.com dan www.tvselangor.com dan saya merasakan beliau selaku Pengerusi YBK yang pada masa sekarang tengah bertikam lidah dengan kerajaan negeri berkenaan dengan cukai tanah seluas 88.4 hektar milik YBK di Serendah yang dirancang untuk pembangunan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) perlu membuat penjelasan segera dengan sikap beliau yang boros itu.
Ini mungkin antara sebab mengapa kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat kurang yakin dengan kepimpinan beliau di dalam YBK dan mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap YBK.

No comments: