Wednesday, February 10, 2010

Keadaan Jenayah Di Taman Bahagia, SS3 Petaling Jaya Serious


Pusat Khidmat ADUN Kampung Tunku, YB Lau Weng San akan mengadakan pelbagai langkah untuk mempertingkatkan keselamatan di Taman Bahagian SS3/59, Petaling Jaya.
Saya telah melawat ke Taman Bahagia SS3/59 yang terletak berhampiran dengan stesyen LRT Taman Bahagia, Petaling Jaya dan sempat bertemuramah dengan beberapa orang penduduk di Taman Bahagian tentang keadaan jenayah yang semakin parah di kawasan ini.
Ini adalah kerana saya telah menerima panggilan telefon daripada beberapa orang penduduk di Taman Bahagia ini dalam beberapa minggu yang lepas dan kekerapan kejadian jenayah yang meningkat secara mendadak ini menunjukkan keselamatan di Taman Bahagia telah bertambah serious khususnya apabila musim perayaan mula menjelang tiba.
Penduduk yang ditemui rata-rata mengatakan bahawa kebanyakkan penjenayah ialah penumpang motosikal dalam lingkungan umur 14 hingga 30 yang selalu memecah masuk ke dalam rumah, meragut dan memecah kereta.
Kes yang terbaru ialah satu insiden yang melibatkan sebuah kereta Toyota Celica yang dicuri kesemua empat tayar dengan sport-rimnya serta sterling pemandu kereta.
Kejadian jenayah yang semakin serious menyebabkan penduduk-penduduk di Taman Bahagian SS3/59 takut untuk keluar daripada rumah mereka kerana mereka takut mereka akan menjadi mangsa terhadap penjenayah-penjenayah ini.
Mereka juga mengesyaki bahawa penjenayah-penjenayah ini merupakan penyenayah berulang dan cara mereka melakukan jenayah adalah amat pantas.
Seorang penduduk bernama Teo Li Cheng, yang juga merupakan anggota Rukun Tetangga SS3 mengatakan bahawa beg tangan beliau telah diragut semasa keluar dari rumah.
“Sudah beberapa tahun saya tinggal di sini, saya rasa keselamatan saya semakin diancam dengan kegiatan jenayah ini”
Komuniti harus sedar untuk menjaga keselamatan sendiri demi kesejahteraan bersama.
Kes jenayah sering berlaku di kawasan persekitaran Taman Bahagia .Menurut kata penduduk Taman Bahagia,. Tayar kereta juga selalu dijadikan target dan dicuri.
Salah seorang penduduk bernama Fong Chek Seng berkata terdapat seorang penduduk wanita kini mempunyai forbia semasa keluar dari rumah kerana dia pernah dirompak oleh dua orang penjenayah yang menggunakan parang.
Semasa saya meninjau keadaan di Taman Bahagia, saya telah memberitahu pemberita-pemberita bahawa sebagai langkah permulaan saya akan menyumbang lebih 200 wisel keselamatan kepada penduduk-penduduk di sini sebagai langkah berjaga-jaga.
Selain itu, saya akan menulis kepada MBPJ, PDRM, TNB dan Prasarana untuk membincangkan cara-cara untuk mempertingkatkan aspek-aspek keselamatan di kawasan itu khususnya menambahbaik system lampu jalan pada waktu malam.
Ketiga, saya akan meminta kepada PDRM Daerah Petaling dan Balai Polis Sungai Way untuk mempertingkatkan rondaan di kawasan ini.
Selain itu, saya turut menyeru pihak PDRM di Bukit Aman untuk mempercepatkan permohonan MBPJ untuk mengadakan pasukan Polis Bantuan MBPJ yang terdiri daripada 100 orang anggota penguatkuasa MBPJ untuk menjalankan tugas-tugas rondaan keselamatan demi mengatasi masalah kekurangan tenaga polis di Petaling Jaya.
Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Ketua Balai Polis Sungai Way, Inspektor Ravi melalui pesanan ringkas (SMS) dan maklum balas daripada Inspektor Ravi ialah beliau akan mengarahkan anggota-anggotanya untuk menjalankan rondaan yang perisikan di kawasan ini. Selain itu, beliau telah bertemu dengan tuanpunya-tuanpunya kedai di Taman Bahagia ini dan meminta mereka untuk memaklumkan kepadanya dengan cepat melalui telefon bimbit jikalau mereka ternampak sesiapa yang mencurigai di kawasan mereka.
Selain itu, satu pertemuan di antara penduduk dengan Ketua Polis Daerah Petaling akan diadakan pada akhir bulan ini untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah jenayah di SS3, Petaling Jaya.

No comments: