Sunday, October 22, 2006

BPR Selangor lalai menjalankan tugas?

Nanyang Siang Pao pada hari ini turut melaporkan bahawa Zakaria dan anaknya dipanggil oleh Badan Pencagah Rasuah (BPR) Putrajaya untuk membantu dalam soal siasat berkenaan dengan tuduhan rasuah terhadap kedua-duanya pada hari Khamis dan Jumaat dan dikatakan bahawa seluruh sessi soal siasat ini dijalankan berjam-jam lamanya.

Turut dipercayai bahawa pegawai-pegawai yang menjalankan tugas soal-siasat ini merupakan pegawai-pegawai daripada Ibu Pejabat BPR di Putrajaya dan bukannya daripada BPR Selangor yang berpusat di Shah Alam.

Laporan juga mengatakan bahawa BPR Selangor pernah beberapa kali pergi ke MPK untuk menyiasat kes Zakaria kerana keluarga Zakaria menguasai hampir 60% tender dan projek MPK.

Laporan turut mengatakan bahawa BPR Putrajay terpaksa bertindak sendiri kerana BPR Selangor tidak mengambil apa-apa langkah konkrit dan sekarang tugas-tugas siasatan telah diserahkan kepada BPR Putrajaya.


DAP Selangor amat terkejut dengan laporan ini dan untuk menjelaskan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap BPR Selangor, Pengarahnya perlu tampil ke hadapan untuk memperjelaskannya.

Persoalan timbul sama ada BPR Selangor cuba memberi perlindungan kepada Zakaria dengan cuba menutup hasil-hasil siasatan terhadap Zakaria daripada pengetahuan umum?

Mengapakah BPR Selangor gagal bertindak sehingga BPR Putrajaya perlu bersusah-payah untuk menjalankan proses soal-siasat sendiri semasa musim perayaan ini?

Oleh kerana hari ini, esok dan lusa ialah Cuti Umum untuk kakitangan awam, maka kami akan menulis kepada BPR Selangor untuk meminta penjelasan terhadap perkara ini. Jika kami tidak mendapat sebarang jawapan daripada BPR, maka kami akan membuat aduan rasmi terhadap BPR Selangor dengan Biro Pengaduan Awam.

No comments: