Sunday, October 22, 2006

Siapakah yang memutuskan nasib Zakaria? PM atau MB?

MB Selangor Khir Toyo mengatakan bahawa nasib Zakaria akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang dipengerusi oleh PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri.

Walaupun PM pada hari Jumaat yang lepas mengatakan bahawa beliau mahu tindakan setimpal diambil terhadap Zakaria mengikut peruntukan undang-undang, tetapi beliau turut mengatakan bahawa hukuman itu diserahkan kepada Khir Toyo untuk membuat keputusan terkahir.


PM juga mengatakan bahawa bukanlah satu masalah jikalau adak tiga orang ahli dalam satu keluarga yang menjadi Ahli Majlis tetapi beliau menyerahkan keputusan akhir untuk dibuat oleh Khir Toyo.
Kenyataan PM dan MB yang saling bercanggahan ini amat mengelirukan. Persoalan timbul sekarang berkenaan dengan siapakah yang akan membuat keputusan terakhir? Adalah ianya akan dibuat oleh Jawatankuasan Perhubungan UMNO Selangoryang dipengerusi oleh Khir Toyo atau Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang dipengerusi oleh PM sendiri?

Jikalau ini tidak diperjelaskan seawal mungkin, seluruh perkara ini pasti akan dilengah-lengahkan dan ini akan memudaratkan integriti, demokrasi dan hak rakyat Selangor.

No comments: