Thursday, November 03, 2011

2000 Pekerja Tambahan Untuk Melaksanakan Dasar Bantuan RM500 Bukti Kerajaan Persekutuan Tidak Cekap


Rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman Menteri Kewangan Kedua Dato' Seri Ahmad Husni kelmarin bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu mengupah 2000 orang pekerja tambahan bagi menguruskan permohonan daripada orang ramai bekenaan dengan bayaran wang bantuan RM500 kepada setiap keluarga dengan pendapatan isi keluarga kurang daripada RM3000.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa keputusan untuk memberi bantuan RM500 ini ialah keputusan tergesa-gesa atau keputusan “mi segera” daripada kerajaan persekutuan yang perlu diselit ke dalam Bajet 2012 pada saat-saat terakhir sehingga kerajaan persekutuan tidak menjangka bahawa seramai 2000 pekerja tambahan diperlukan untuk menjalankan proses ini.

Kerajaan persekutuan telah memperuntukan RM1.8 bilion untuk menjalankan program ini. Mengikut angka daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), terdapat kira-kira 3.5 juta keluarga di seluruh Malaysia dengan pendapatan isikeluarga kurang daripada RM3000 sebulan.

Justeru itu, daripada RM1.8 bilion yang diperuntukkan, sebanyak RM1.75 bilion adalah diperuntukkan untuk menampung pembayaran kepada 3.5 juta keluarga ini. Peruntukan yang selebihnya, iaitu RM50 juta ialah peruntukan luar jangka kepada keluarga-keluarga dengan pendapatan kurang daripada RM3000 yang belum berdaftar dengan LHDN.

Dengan perkataan lain, daripada peruntukan RM1.8 bilion ini, kerajaan persekutuan langsung tidak memperuntukkan satu sen pun untuk menampung perbelanjaan emolumen.

Adakah kerajaan persekutuan mendapati terdapat banyak kepincangan dengan dasar ini sehingga mereka perlu mengupah 2000 pekerja tambahan dan kos ini akan dimasukkan kemudian dalam Bajet Tambahan?

Jikalau 2000 orang pekerja tambahan diperlukan dengan gaji purata setiap pekerja ini RM1500 sebulan, maka kerajaan pesekutuan perlu membelanjakan RM3 juta sebulan ataupun RM36 juta setahun. Alangkah tinggi kosnya!

Mengapakah kerajaan persekutuan menggunakan tenaga kakitangan sedia ada untuk melaksanakan dasar ini? Adakah kerajaan persekutuan akan mengambil ahli-ahli UMNO untuk menjalankan program ini dan sekaligus menjadikan dasar ini alat pancing undi?

Jikalau ini ialah apa yang berlaku sebanarnya, maka ini menunjukkan kerajaan persekutuan tidak merancang program ini sebaik-baiknya daripada permulaaan. malahan kerajaan persekutuan di bawah UMNO pula cuba menggunakan duit kerajaan untuk memperkayakan ahli-ahli mereka sendiri.

Apa yang pasti, dasar ini dilaksanakan semata-mata desakan daripada Pakatan Rakyat (PR) yang telah berkali-kali mengingatkan kerajaan persekutuan bahawa untuk membantu golongan berpendapatan rendah, iaitu keluarga dengan pendapatan isi keluarga kurang daripada RM3000 sebulan. Lebih-lebih lagi, dasar ini akan dilaksanakan dengan kos yang paling minimum kerana ianya sudahpu n dalam perancangan PR sejak tahun-tahun kebelakangan ini berbanding dengan BN yang melaksanakan dasar ini dengan cara yang tidak cekap.

Malahan PR juga memasukkan saranan ini dalam Buku Jingga jikalau PR diberi mandat oleh rakyat untu memegang kerajaan persekutuan. Satu ketika dahulu, kerajaan persekutuan yang didalangi Barisan Nasional (BN mengkritik hebat dasar PR ini kerana ianya dikatakan akan menjadikan kerajaan bankrap. Kalau dasar ini akan membankrapkan kerajaan, mengapakah BN pula melaksanakannya sekarang?

Ini ialah soalan yang masih belum dijawab oleh BN sehingga sekarang.

No comments: