Saturday, December 17, 2005

Bersimpati terhadap Nor Adila...

Apa yang berlaku ke atas Nor Adila adalah amat menyedihkan dan Kementerian Pendidikan harus menggubal undang-undang bagi mengawai bidang perguruan tuisyen persendirian.

Nor Adila dikelar kedua-dua kaki dan tangannya dengan objek tajam serta ditumbuk oleh guru tuisyennya sehingga lebam pada muka serta badan akibat gagal menjawab soalan tuisyen

Apa yang mengejutkan ialah pihak polis mendapati suspek, iaitu guru tuisyen persendirian tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang perguruan tetapi membuka kelas tuisyen di rumahnya.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan harus memandang serious terhadap perkara ini, serta memulakan langkah awal bagi menggubal rang undang-undang baru, atau meminda akta sedia ada untuk mengetatkan pengawasan kerajaan terhadap bidang perguruan tuisyen persendirian bagi melindungi hak dan kepentingan ibubapa (pengguna) serta anak-anak sekolah.

Lau Weng San

No comments: