Thursday, February 09, 2006

Menjemput MPMUM secara rasmi untuk menghadiri Woksyop “Mansuhkan AUKU – Beri nafas baru kepada mahasiswa”.

Saya telah menjemput MPMUM untuk menghadiri satu woksyop yang akan diadakan oleh DAPSY di Dewan Perhimpunan Cina Selangor pada Hari Sabtu ini.

Surat jemputan rasmi ini telah saya serahkan kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya melalui Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni (HEP & A) Universiti Malaya. Pihak HEP juga telah cop sah-diterima surat jemputan itu.


Demi memudahkan MPMUM untuk menghantar wakil untuk menghadiri woksyop ini, saya juga telah secara tidak rasmi juga telah menghantar satu salinan surat jemputan tersebut kepada Sekretariat MPMUM.

Sebab kami menjemput MPMUM untuk menghadiri woksyop ini adalah untuk mendengar pandangan daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi yang terulung di negara ini.

Selain itu, Naib Yang Di-Pertua MPMUM Chua Hock Kuan juga telah beberapa kali bertukar fikiran dengan saya mengenai AUKU, oleh itu saya turut berharap agar Chua dapat menjadi salah satu wakil MPMUM untuk menghadiri woksyop agar kita dapat bertukar fikiran dengan lebih mendalam lagi.

Bersama-sama dengan kenyataan ini, saya turut melampirkan satu salinan surta jemputan saya itu untuk rujukan media.

No comments: