Saturday, November 24, 2007

‘大学无事要自主,有事要政府干预’——翁诗杰颠倒逻辑的最佳例子

被外界称为马华第一才子的翁诗杰昨日批评在野党人士‘大学无事要自主,有事要政府干预’。

翁诗杰的言论最为颠倒逻辑。

第一、大学何曾不发生侵犯学生基本权利的事故?校园自主是最求学术卓越、言论自由的的目标。这个目标迄今尚未实现,争取校园自主的长远目标根本不受限于‘大学到底是否有事没事’。

第二、‘有事要政府干预’——这句话并不完全正确。高教部既然负责处理高等教育事务,再加上此次李松荣案件是一宗不公案件,高教部更加有理由为李松荣平反。其实,不只是高教部有必要关注此事,所有关心马来西亚国立大专发展的人士、包括学运界人士、政界等等都应该关注。

翁诗杰的言论如同把以上两者的逻辑混为一谈,模糊公众视线。

我们更对马华和马青在这事件后知后觉,甚至是不知不觉地态度非常遗憾。迄今,我们尚未看到任何一名马华和马青高级领袖在这事件发言。

至于翁诗杰的言论,他只是充其量以‘好没有受到报告’敷衍回应。虽然他身为副高教部长应该在获得完整报告之后才能发言,但是我们不明白为何这份报告不能在第一时间就呈上高教部,还是高教部根本不理会这事件,又或者翁诗杰‘后知后觉’——等事件过了一大载之后才姗姗来迟向博大索取报告?

一旦高教部接获李松荣的上诉后,如果发现整个审讯过程出现违反自然公平原则的事项,高教部是否准备推翻博大的判决?高教部会否以学生基本人权作为其中一个考量点?

这些问题,只有他才能够回答。但是翁诗杰的回应从头到尾没有针对这些核心问题作出交代,反之却以政客的乌贼口吻一再抹黑在野党。

至于高教部长慕斯达法到中国推销大马大学学额形同推销员是一种耻辱,翁诗杰更不应该扭曲是非。

国会反对党领袖林吉祥于11月21日在国会针对高教课题提出附加询问时,批评慕斯达法失去优先顺序感。因为当其最大挑战是确保大马大学赢得国际认同为世界级学府的当儿,他竟到中国去向中国学生促销大马大学的学额。

林吉祥不曾说身为高教部长的慕斯达法充当推销员去吸引外国学生到大马深造是错的,也没有说这是一种侮辱。林吉祥只是说部长不知道什么是优先顺序感,即什么先处理,什么后处理,因为其当务之急是设法恢复国内大学在国际上的声誉!

我附上当天的会议记录共各位读者参考。

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
1. Dato’ Markiman bin Kobiran [Hulu Langat] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan justifikasi melaksanakan “International Organization for Standardization (ISO)terhadap tugasan akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam di negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi [Datuk Ong Tee Keat]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MS ISO 9000 sebenarnya adalah satu standard bertulis yang menetap dan menyenaraikan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti sesebuah organisasi bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat memenuhi kehendak pelanggan. Pelaksanaan Standard MS ISO 9000 dalam perkhidmatan awam bertujuan untuk memastikan semua agensi kerajaan termasuk badan berkanun seperti IPTA dapat mengamalkan satu sistem pengurusan kualiti yang universal dengan izin, dan berlandaskan kepada standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Perkhidmatan awam Malaysia digalakkan mencapai taraf MS ISO 9000 bagi memantapkan lagi bagi sistem pengurusan kualiti yang sedia ada. Dalam hubungan ini pelaksanaan standard MS ISO 9000 di IPTA tidak akan menyekat kreativiti dan kebebasan ahli akademik dalam menjalankan tugas mereka bahkan dapat berfungsi sebagai blue print dengan izin untuk menambah baik dan meningkatkan sistem kualiti dan kecekapan serta keberkesanan tugas para pensyarah. Pelaksanaan standard MS ISO 9000 di IPTA telah dapat membantu meningkatkan lagi keupayaan pihak pengurusan IPTA membuat keputusan dengan lebih tepat, mewujudkan cara bekerja yang konsisten dan menepati prinsip betul pertama kali dan setiap kali yang secara langsung dapat mengawal kos kualiti bagi kerja-kerja yang berulang dan mengelakkan pembaziran serta meningkatkan produktiviti.

Standard MS ISO 9000 telah diguna pakai oleh 157 buah negara. Kementerian memberi jaminan bahawa pelaksanaan Standard MS ISO 9000 sama sekali tidak akan menjejaskan kreativiti dan kebebasan ahli akademik IPTA, sebaliknya mampu meningkatkan lagi kualiti urus tadbir IPT tempatan agar setanding dengan IPT lain di persada antarabangsa.


Dato' Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita sedar keperluan penarafan MS ISO 9000 yang dinyatakan begitu banyak kebaikannya. Soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian sudah memberi persiapan yang cukup kepada para academician bagi mematuhi beberapa standard serta prosedur yang mereka patuhi.

Soalan kedua yang juga agak ringkas ialah dalam kaedah mengukur keberkesanan atau kecekapan atau proses ulangan yang dilaksanakan oleh para pengajar atau para pensyarah ini adalah sukar untuk mengukur secara ringkas atau secara tepat kerana terlalu banyak faktor lain dan mengambil kira bidang profesionalisme mereka juga kerana sebagai pendidik mereka mempunyai bidang-bidang yang berbeza. Kayu ukur yang sama tidak boleh digunakan kepada pengajar kejuruteraan dengan pengajar-pengajar di bidang ekonomi dan sebagainya. Bagaimanakah kementerian melihat kaedah ini supaya dapat diseragamkan, dengan adanya perkataan standardization yang boleh diguna pakai dalam mengukur kecekapan mereka. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Ong Tee Keat: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Hulu Langat di atas keprihatinan beliau terhadap kualiti IPT kita. Sukacita saya memaklumkan Yang Berhormat bahawa sesungguhnya pelaksanaan piawaian ISO ini bukanlah secara paksa dan bukanlah diseragamkan oleh kementerian saya. Sebaliknya ia adalah terserah kepada IPTA masing-masing. Ini kerana ia mengenai IPTA yang dibangkitkan tadi jadi saya jawab mengenai IPTA. Ia tidak merangkumi sebarang sukatan ataupun kaedah penyukatan terhadap urusan akademik tetapi sebaliknya ia lebih menjurus ke arah piawaian khas untuk urusan kewangan, urus tadbir kewangan, pendaftaran dan juga sumber manusia. Ia bukannya secara khusus seperti mana yang disarankan oleh Yang Berhormat diimposed, dengan izin ataupun ia bukanlah dikhususkan untuk menyekat ataupun mengawal selia kualiti sesuatu program pengajian, khasnya dalam sesuatu jurusan pengajian yang khusus.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Apakah guna piawaian ISO 9000 apabila mutu universiti-universiti - IPTA semakin merosot yang dilihat daripada ranking terkini, Times Higher Education Supplement di mana semua universiti terkeluar daripada senarai 200 hingga sekarang kita tengok, kita tidak tahu apa universiti yang boleh kata the premier university. Who is the best universiti yang ada di Malaysia. Adakah Universiti Malaya, tidak tahu? Sudah jatuh dan kalah kepada UKM tahun lalu dan tidak diiktiraf sebagai five stars university di dalam satu petunjuk yang dibuat oleh kerajaan sendiri. Adakah UKM sudah jatuh dalam tahun ini? Adakah Universiti Sains Malaysia di tangga ke-307 dan kenapa ini semua berlaku. Bukankah apa yang lebih mustahak ialah mengadakan emphasis mengenai bagaimana boleh memulihkan keunggulan, excellent meritokrasi universiti-universiti kita. Bukan semacam apa yang berlaku ISO 9000, UUCA semacam Universiti Putra Malaysia sekarang di mana mahasiswa Lee Sung Young dianiayai. Apabila Universiti Putra Malaysia sudah jatuh 52 tangga tahun lalu, 292 kepada tahun ini 364, bukankah emphasis semua sudah silap. Menteri Pengajian Tinggi pergi ke China menjadi salesmen untuk mendapatkan lebih pelajar-pelajar China datang ke Malaysia. Yang mustahak sekarang ialah bagaimana boleh memastikan adakah universiti-universiti Malaysia boleh dilihat dan diiktiraf sebagai antara 200 universiti yang terbaik di dunia.

Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, saya sungguh terperanjat dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timor khasnya beliau merupakan seorang Ahli Parlimen yang begitu berpengalaman luas dan lama. Kita sedia maklum bahawa piawaian ISO itu seperti mana yang telah saya sebutkan tadi ia adalah lebih tertumpu kepada piawaian urus tadbir dan bukannya untuk menyukat prestasi ataupun keberkesanan sesuatu program akademik sepertimana Yang Berhormat sendiri hubung kaitkan.

Saya rasa terperanjat kerana Yang Berhormat sama ada beliau selama ini yang menguar-uarkan tentang keprihatinan beliau terhadap international ranking dengan izin yang rupa-rupanya saya kira beliau sampai sekarang pun belum lagi faham apa sebenarnya kaedah yang terkandung dalam sistem international ranking times higher education supplement yang dibangkitkan. Itu pun bukan satu kayu pengukur yang tunggal tetapi pihak kementerian tetap ambil maklum dan tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang masih lagi terkandung dalam sistem kita. Itu tiada hubung kaitnya dengan soalan asal sebab soalan asal itu adalah atas ISO, piawaian yang telah saya sebutkan tadi. Yang Berhormat cuba hendak hubung kaitkan ini

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Menyampuk]...adakah ini sikap...

Datuk Ong Tee Keat: Yang saya hendak jawab ini, saya kena jawab secara lantang untuk menangkis apa yang diputarbelitkan oleh Yang Berhormat. Yang dicakapkan itu walau pun benar ranking itu jatuh merosot, itu benar. Kita tidak nafi. Tidak ada denial syndrome dengan izin tetapi jangan cuba mengaburi mata masyarakat.

Yang Berhormat Menteri saya, beliau bertugas di negara China bukanlah bersiar-siar, bukanlah hendak bertugas sebagai salesmen sebagaimana yang didakwa. Itu adalah satu penghinaan yang amat sangat... [Disorak]

Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat kalaulah beliau bertugas untuk negara, bukan untuk menarik pelajar tetapi untuk menjaringkan kemuafakatan dengan negara China khasnya universiti-universiti yang tersohor di negara China, apa salahnya... [Disorak]

No comments: