Thursday, November 15, 2007

RTM ialah RTM bukan RTBN

Lim Kit Siang bertikam lidah dengan seorang lagi Timbalan Menteri di Kementerian Penerangan Chia Kwang Chye berkenaan dengan peranan RTM dalam menyiarkan laporan beritanya yang selalunya dituduh sebagai berat sebelah dan tidak seimbang.

Kit Siang, dalam soalan tambahannya semasa sesi soal jawab semasa Kementerian Penwrangan menjawab soalan yang ditanya oleh Ahli Parlimen Rembau, antara lain mengatakan bahawa RTM harus melaporkan kebenaran dan seimbang dalam laporannya kerana RTM biarpun merupakan stesyen milik kerajaan perlu seimbang dlaam laporannya kerana ianya ditabung oleh wang para pembayar cukai seluruh Malaysia.

"RTM bukan stesyen BN. Ianya bukan RTBN, tetapi RTM - Radio Televisyen Malaysia".

No comments: