Tuesday, November 09, 2010

Ucapan Bajet: Pendahuluan

[Ucapan semasa membahas Bajet 2010 Kerajaan Negeri Selangor]

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar kerana telah membentangkan bejet kerajaan negeri Selangor tahun 2011 semalam.

Selintas lalu, Bajet 2011 merupakan satu bajet yang berupa kesinambungan daripada bejat-bajet yang dibentangkan sebelum ini dan ianya berdasarkan konsep kerajaan negeri Selangor sejak 2008, iaitu “Merakyatkan Ekonomi Rakyat”.

Bajet 2011 memang tidak mencanangkan hasrat pembinaan bangunan setinggi 100 tingkat, ianya juga tidak seperti bajet kerajaan persekutuan yang disarat dengan dasar-dasar populist, walaupun begitu, dengan saiz sekitar RM1.4 bilion, Bajet 2011 kerajaan Selangor menjanjikan pulangan kepada rakyat secara keseluruhan dari jangka panjang dan pendek.

Malahan saya berpendapat pujian harus diberi kerana nampaknya apa yang dicanangkan oleh kerajaan Selangor dua tahun yang lalu, termasuk cuti salin 90 hari, pembaharuan bandar, pembersihan Sungai Klang, kenaikan elaun kepada guru KAFA dan banyak lagi sekarang sudah menjadi sebahagian daripada program kerajaan persekutuan. Tahniah kerana Selangor sekali lagi menerajui perubahan dan kali ini kita berada di hadapan kerajaan persekutuan.

No comments: