Tuesday, November 09, 2010

Ucapan Bajet: Kebajikan Orang Asli

[Ucapan semasa membahas Bajet 2010 Kerajaan Negeri Selangor]

Saya pernah membangkitkan beberapa soalan bertulis dan lisan sebelum ini di Dewan Yang Mulia ini berkenaan dengan pencapaian-pencapaian yang telah dikecapi oleh Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor.

Saya menggesa kerajaan supaya sentiasa bertanggungjawab kepada Dewan Yang Mulia ini dengan membentangkan laporan dari semasa ke semasa berkenaan dengan kerja dan pencapaian-pencapaian badan bertindak ini.

Saya berpendapat bahawa wakil rakyat dan orang ramai harus diberitahu kerana ramai tidak begitu mengetahui apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri bagi membantu mempertingkatkan taraf kehidupan orang asli di Selangor.

Dengan ini juga, adalah mudah untuk wakil-wakil rakyat yang mempunyai penempatan orang asli di kawasan mereka memantau program-program kerajaan negeri di perkampungan orang asli kawasan mereka.

Pembentangan laporan yang dimaksudkan ini juga akan membantu orang ramai dan wakil rakyat untuk mengetahui apa yang belum dilakukan oleh kerajaan untuk membantu masyarakat orang asli supaya wakil rakyat dapat merancang program-program mereka di kawasan orang asli.

No comments: