Tuesday, November 09, 2010

Ucapan Bajet: Industri pelancongan di kawasan pesisiran pantai Selangor

[Ucapan semasa membahas Bajet 2010 Kerajaan Negeri Selangor]

Dalam membangunkan industri pelancongan di negeri Selangor, kita tidak boleh menafikan bahawa di negeri Selangor, khususnya di kawasan pesisiran pantai Selangor masih mempunyai banyak potensi untuk mengembangkan industri eko-pelancongan.

Potensi pelancongan yang ada:
1. Makanan laut yang lazat lagi murah di pesisiran pantai
2. Kawasan-kawasan bersejarah di Kuala Selangor
3. Hidupan kelip-kelip di Kuala Selangor
4. Kawasan hutan paya bakau yang penting untuk eko-pelancongan
5. Pembangunan industri homestay yang pesat di sekitar bandar-bandar dan pekan-pekan di pesisiran pantai, sekaligus membekalkan ruang untuk kehidupan bersantai di kampung.

Contohnya di kawasan Tanjung Sepat dan Morib semakin popular dan dikenali sebagai kawasan pelancongan, kawasan-kawasan ini begitu berjaya sehingga berjaya menarik kunjungan pelancong dengan rekod sebanyak 80 buah bas pelancong dalam sehari.

Oleh itu, saya meminta kerajaan negeri berikhtiar menaiktaraf jalan-jalan di kawasan ini dan melengkapi dengan lampu jalan supaya ianya dapat menarik lebih ramai pelancong ke kawasan ini.

No comments: