Perjumpaan di antara mahasiswa-mahasiswi dengan Kokus Hak Asasi Parlimen tidak menyalahi mana-mana prosidur, MPMUPM harus menghormati hak berpersatuan mahasiswa dan tidak secara unilateral menganggap SMM sebagai sedang memperalatkan mahasiswa.
Kenyataan oleh MPMUPM kelmarin jelas sekali lagi menunjukkan hujah mereka itu dikeluarkan tanpa menganalpasti fakta dan kebenaran terlebih dahulu. Mahasiswa-mahasiswi yang datang pada hari itu untuk berjumpa dengan Kokus Hak Asasi Mahusia Parlimen yang diketuai oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz tidak seharusnya disifatkan sebagai “mencerobohi” Parlimen kerana perjumpaan ini diaturakan melalui surat rasmi yang dihantar oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kepada Kokus berkenaan. Tarikh dan masa perjumpaan juga diaturkan atas persetujuan bersama. Oleh itu, penggunaan perkataan “menceroboh” adalah tidak wajar, tidak adil dan tidak matang sekali.
Dalam perjumpaan itu, mahasiswa-mahasiswi telah mengatakan dengan jelas bahawa dalam perjuangan untuk mengembalikan pilihanraya kampus yang adil, demokratik dan saksama, mereka pernah meminta untuk berdialog dengan pihak universiti tetapi permintaan mereka terus tidak dilayani. Misalannya, mahasiswa UPM Kong Wei Cheng pernah mengatakan bahawa mereka pernah menghantar memorandum kepada pihak TNC HEP berkenaan dengan beberapa kes aduan terhadap pihak universiti berkenaan dengan pilihanraya kampus. Oleh kerana mereka tidak mengiktiraf keputusan pilihanraya kampus, maka secara automatik mereka juga tidak mengiktiraf kesahihan MPMUPM. Dalam perjumpaan dengan kokus itu, seorang mahasiswa daripada UM juga mengadu bahawa beliau pernah dikasari oleh pihak universiti apabila beliau sedang mengedar handbill. Beliau telah membawa kes ini kepada pihak universiti tetapi aduan beliau tidak dilayani. Oleh yang demikian, mereka ini terpaksa menuntut keadilan melalui saluran di luar kampus.
Memang dari segi prosidur, mahasiswa seharusnya dan seboleh-bolehnya menyelesaikan masalan mereka dalam kampus dengan pihak universiti. Walaupun begitu, mahasiswa juga harus diberi kebebasan untuk menuntut keadilan melalui saluran-saluran luaran yang sah untuk memperjuangkan hak mereka, sekiranya mereka berpendapat bahawa saluran-saluran sedia ada di dalam kampus sudah tidak dapat melindungi hak mereka.
Lebih-lebih lagi, sepertimana yang dinyatakan oleh Datuk Seri Nazri, adalah merupakan hak mahasiswa-mahasiswi untuk pergi ke Parlimen, SUHAKAM dan kementerian Pengajian Tinggi bagi menyerah memorandum mereka. Mengapakah mahasiswa-mahasiswi tidak boleh berjumpa entiti-entiti ini sedangkan kesemua entiti ini merupakan entiti yang sah dari segi undang-undang?
Parlimen merupakan badang perundangan tertinggi di Malaysia. Memang merupakan tanggungjawab dan tugas Ahli-ahli Parlimen untuk memperjuangkan kepentingan rakyat. Mahasiswa-mahasiswi juga merupakan sebahagian daripada rakyat yang mempunyai kuasa mengundi. Mengapakah mereka ini tidak berhak untuk datang ke Parlimen untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka apabila mereka ditindas oleh pihak universiti?
Apa yang lebih penting ialah, mahasiswa-mahasiswa menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka dengan aman dan bukannya melalui cara kekerasan, sekiranya pihak MPMUPM merasakan bahawa perbuatan sebegini adalah tidak bersesuaian, maka ini menunjukkan pihak MPMUPM sendiri juga tidak menghormati hak asasi mahasiswa.
Selain itu, DAPSY juga amat kecewa dengan hujah MPMUPM yang seringkali menggunakan AUKU untuk menakut-nakutkan mahasiwa. Memang menjadi kanyataan bahawa AUKU merupakan satu akta yang draconian, maka apabila MPMUPM menggunakan akta draconian untuk menakut-nakutkan mahasiswa, maka mereka secara tidak langsung juga merupakan sebahagian daripada yang menindas. Lebih-lebih lagi, pihak MPMUPMsendiri mungkin tidak sedar bahawa mereka juga melanggari AUKU.
Mengikut AUKU, mana-mana mahasiswa tidak dibenarkan untuk mengeluarkan kenyataan kepada pihak luar tanpa kebenaran daripada pihak TNC HEP ataupun mana-mana pihak yang dikuatkuasakan oleh TNCHEP. Pihak MPMUPM baru-baru ini begitu giat mengeluarkan hujah dan menyerah memorandum kepada pihak luar, maka memang menjadi tanda soal sama ada mereka ini mendapat kebenaran bertulis daripada pihak TNCHEP atau tidak kerana selama ini mereka tidak menunjukkan sebarang bukti bahawa mereka ini berhak berbuat demikian.
Oleh itu, pihak MPMUMP harus berhenti daripada mengacau di air keruh apabila mereka seringkali menggunakan AUKU untuk menakut-nakutkan mahasiswa. Sebaliknya, mereka ini perlu mengeluarkan fakta dan kenyataan yang beasas pada masa depan.
Lau Weng San
26hb November 2005.

No comments:
Post a Comment