Friday, November 18, 2005

Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM harus dibubarkan


Majlis Perwakilan Mahasiswa UPM harus dibubarkan dan digantikan dengan nama Kelab Penyokong HEP Mahasiswa UPM kerana kenyataan MPMUPM tidak dapat lagi diyakini ramai bahawa ianya satu badan yang mewakili mahasiswa-mahasiswi UPM, malahan MPMUPM seolah telah menjadi “jurucakap” kepada pihak HEP UPM.

MPMUPM telah mengadakan satu sidang media dua hari yang lepas bahawa mereka akan menyerah satu memorandum kepada YAB Perdana Menteri terhadap tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di kampus UPM. Yang Di-pertua MPMUPM Manaf telah menyatakan bahawa “seorang Ahli Parlimen DAP yang berucap pada perhimpunan haram di kampus UPM pada 11 November 2005 telah mengganggu persediaan para mahasiswa UPM untuk menghadapi peperiksaan” dan beliau meminta pihak berkuasa untuk “menyiasat serta mengambil tindakan terhadap mahasiswa-mahasiswi dan pemimpim Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)” serta “meminta pemimpim-pemimpim Persatuan Mahasiswa Islam UPM untuk letak jawatan kerana telah melanggar AUKU”.

Naib Yang Di-pertua MPMUPM Hafiz turut mengatakan kepada Malaysiakini.com (Versi Bahasa Mandarin) bahawa apabila pihak pengurusan/pemimpim ingin meminda AUKU, maka ianya perlu dipinda. Kami tiada cadangan, semua terserah kepada pengurusan/pemimpim/”

Hafiz turut mengatakan bahawa mahasiswa tiada suara untuk meminda AUKU, hanya pihak pengurusan/pemimpim sahaja yang berhak untuk berbuat demikian. Kami percaya selama ini pihak pengurusan/pemimpim telah menjaga hak mahasiswa dengan baik. Sekiranya ianya adalah bermanfaat kepada mahasiswa, maka kami akan menerimanya.”

Adalah menjadi pendirian DAPSY bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh barisan pemimpim MPMUPM ini amat membimbangkan kita semua. Mahasiswa merupakan harapan kepada masyarakat kita dan emreka seharusnya mempunyai untuk memperjuangkan hak dan autonomi mereka sebagai mahasiswa. Walaupun begitu, adalah mengesalkan apabila MPMUPM boleh mennyatakan bahawa hak mereka boleh diserahkan kepada pihak pengurusan/pemimpim. Apakah perbezaaan perbuatan mereka ini dengan pengabdian dan penghambaan mahasiswa kepada pihak HEP?

Kenyataan ini telah menimbulkan persoalan kepada kita semua, iaitu adalah MPMUPM ini masilh lagi memperjuangkan hak mahasiswa di UPM? Adakah mereka betul-betul mewakili mahasiswa ataupun mereka telah membelot mahasiswa? Sekiranya tidak, maka tiada sebab untuk MPMUPM untuk terus wujud di bumi ini. Adalah lebih baik MPMUPM ini dibubarkan sahaja dan digantikan dengan nama “Kelab Penyokong HEP Mahasiswa UPM” supaya ianya dapat menunjukkan muka sebenar mereka dan tidak lagi menyalahgunakan nama “Majlis Perwakilan Mahasiswa”.

Selain itu, adalah lebih baik sekiranya MPMUPM ini mendapat fakta yang benar dan kukuh sebelum melemparkan sebarang tuduhan songsang kerana tiada seorang Ahli Parlimen yang hadir di perhimpunan di kampus UPM pada 11hb November 2005. yang menghadiri perhimpunan pagi itu ialah ADUN Lobak (Negeri Sembilan) merangkap Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan YB Loke Siew Fook dan ADUN Sungai Pinang (Selangor) merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor YB Teng Chang Khim, yang mereka YB Loke Siew Fook dan YB Teng Chang Khim masing-masing merupakan Setiusaha Kebangsaan DAPSY dan bekas Ketua DAPSY.

Mereka menghadiri perhimpunan berkenaan atas nama ADUN dan mereka tidak dihalang oleh Pegawai Keselamatan UPM apabila mereka memasuki kampus UPM dengan plat kereta yang memaparkan Identiti ADUN mereka. Malahan apaibila kedua-dua daripada mereka sedang berucap, mereka juga tidak diganggun oleh pegawai keselamatan UPM dan pasukan polis. Tuduhan MPMUPM bahawa tindakan mereka memberi ucapan di khalayak ramai dalam kampus telah menggangu emosi mahasiswa-mahasiswi UPM yang perlu menduduki peperiksaan pada hari itu adalah tidak adil terhadap mereka dan DAPSY dan kami berharap pihak MPMUPM dapat memperjelaskan kenyataan mereka, malahan meminta maaf daripada DAPSY.

Lau Weng San
18hb November 2005.

No comments: