Wednesday, April 30, 2008

PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN LAU WENG SAN (KAMPUNG TUNKU)

TAJUK: Projek-projek kerajaan negeri
PORTFOLIO: MTES

Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Diminta satu senarai projek-projek melebihi RM1 juta yang telah diputuskan oleh kerajaan yang dijalankan secara rundingan terus dari tahun 2004 hingga 2007?
b) Meminta satu senarai syarikat yang mendapat projek-projek ini.

TAJUK: Universiti Industri Selangor (Unisel)
PORTFOLIO: Pendidikan tinggi

Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Meminta senarai penuh jumlah bilangan pelajar dan pensyarah yang belajar dan bekhidmat di Universiti Industri Selangor (Unisel) mengikut kaum dan kursus setiap tahun sejak bermula.
b) Sama ada barisan pengurusan tertinggi Unisel akan diganti dengan golongan akademik berwibawa.

TAJUK: Pemberian tanah di Selangor
PORTFOLIO: Pembangunan tanah

Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Meminta senarai penuh tanah yang diberi kerajaan dan syarikat-syarikat kerajaan negeri Selangor kepada pemohon-pemohon individu dengan menyatakan lokasi, nombor lot, pemilik dan harga transaksi.
b) Senaraikan senarai tanah dengan nombor lot dan nama pemilik di kawasan SS9A Petaling Jaya.

TAJUK: Geran kekal dan cukai tanah nominal untuk tanah Kampung Baru
PORTFOLIO: Pembangunan kampung baru

Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Sama ada kerajaan sudah memutus menukar geran tanah Kampung Baru kepada geran kekal dan penjelasan kerajaan terhadap keputusan ini.
b) Sama ada cukai tanah nominal RM1 akan ditawarkan kepada tempat-tempat beribadat Kampung Baru dan penjelasan kerajaan terhadap keputusan ini.

TAJUK: Syarikat-syarikat milik kerajaan Selangor
PORTFOLIO: Kewangan

Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Senaraikan prestasi kewangan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri Selangor dari tahun 2004 hingga 2007 seperti PKNS, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
b) Meminta penjelasan terhadap kemerosotan/peningkatan prestasi kewangan syarikat-syarikat ini.

TAJUK: Golongan rakyat termiskin
PORTFOLIO: Kemiskinan

Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Senaraikan bilangan isikeluarga termiskin mengikut kaum dan kawasan DUN di Daerah Petaling pada tahun 2007.
b) Senaraikan bilangan unit rumah kos rendah yang telah disediakan di setiap kawasan DUN di Daerah Petaling sehingga sekarang untuk membasmi kemiskinan.

TAJUK: Kebajikan pekerja ladang di Selangor
PORTFOLIO: Pekerja ladang

Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Berapa banyak pekerja ladang di Selangor dari tahun 2000 hingga 2007 mengikut pecahan kaum di setiap kawasan DUN?
b) Apakah rancangan-rancangan yang bakal diketengahkan oleh kerajaan negeri untuk membantu mempertingkatkan taraf kehidupan golongan pekerja ladang?

TAJUK: Pemotongan perkhidmatan air Syabas
PORTFOLIO: Pengurusan sumber alam
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Berapa banyak pengguna-pengguna Syabas di Selangor yang telah dipotong bekalan airnya akibat kelewatan membayar bil?
b) Pengguna-pengguna Syabas yang dipotong bekalan perlu membayar RM50 sebagai yuran penyambungan bekalan air. Sehingga kini, berapa pendapatan diperolehi Syabas daripada kutipan yuran ini?

TAJUK: Kegunaan peruntukan pembangunan kawasan
PORTFOLIO: Kewangan

Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Senaraikan kegunaan peruntukan pembangunan kawasan untuk DUN Kampung Tunku yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Petaling untuk tahun 2008 sebelum Mac 2008.
b) Senaraikan kegunaan peruntukan ini untuk DUN Kampung Tunku dari tahun 2004 hingga 2007.

TAJUK: Projek perumahan Bukit Beruntung
PORTFOLIO: Perumahan

Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Apakah sebab utama kegagalan projek perumahan Bukit Beruntung?
b) Apakah rancangan-rancangan terbaru kerajaan untuk memulihkan projek perumahan yang gagal ini demi menyelesaikan kebuntuan yang dialami oleh ribuan pembeli-pembeli rumah di Bukit Beruntung?

No comments: