Monday, April 14, 2008

Semak jadi sarang penyamun di S22/51



Penduduk-penduduk di Jalan 22/51 Petaling Jaya mengadu bahawa lorong-lorong belakang rumah mereka kurang dijaga oleh MBPJ sehingga berlubang-lubang.

Penduduk juga mengadu bahawa kerja-kerja penyelenggaraan Indah Water Konsortium (IWK) untuk memperbaiki manhole sistem pembetungan di lorong-lorong belakang mereka telah menyebabkan manhole itu dinaikkan lebih tinggi daripada paras jalan biasa.

Oleh itu, ianya secara tidak langsung menjadi satu kesulitan kepada kereta-kereta peronda polis yang kebanyakkannya terdiri daripada kereta Proton Wira atau Waja untuk menangkap pencuri.

Kawasan itu merupakan satu kawasan hitam dan selalu berlaku kes pecah-masuk. Kebanyakan penyamun-penyamun datang ke tempat itu melalui tanah perkuburan yang berdekatan, di mana pagar yang didirikan untuk mengelilingi tanah perkuburan terlalu rendah dan pintu pagarnya tidak dikunci dengan baik.

Oleh itu, penyamun-penyamun yang datang pecah masuk selalunya dapat melarikan diri melalui lorong-lorong belakang yang berdekatan dengan tanah perkuburan.

Penduduk juga memberitahu bahawa pagar tanah perkuburan berdekatan adalah terlalu rendah dan mudah dipanjat masuk oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Malahan saya juga mendapati bahawa pintu pagar besi yang dipasang telah dicuri sekian lama dan belum lagi diganti.

Penduduk juga ingin memohon untuk memagarkan lorong-lorong belakang rumah mereka memandangkan lorong-lorong itu jarang diguna oleh pihak lain. Tujuannya adalah untuk mengawal keadaan di lorong-lorong belakang rumah supaya orang-orang asing yang tidak dikenali tidak boleh memasuki kawasan itu.

No comments: