Sunday, May 31, 2009

Perjumpaan Dengan Dewan Pemuda PAS PJU


Satu perjumpaan/dialog di antara DPPPJU dengan YB Lau Weng San (ADUN Kg. Tunku) telah diadakan di Dewan Ahli Majlis SS9, Sg Way. Tujuan perjumpaan adalah untuk mengukuhkan setiakawan dan gerak kerja menyalurkan maklumat-maklumat kerajaan negeri. Antara pimpinan PAS kawasan yang hadir ialah Hj Kamaruddin Suhaimi(TYDP @ Ahli Majlis MBPJ) dan Che Ku Abu Bakr Che Ku Mahmod(Ketua Penerangan).

Beberapa program/cadangan yang memerlukan kerjasama seperti SPIES, Zakat, Tawas, Usia Emas. Selain itu, cadangan menubuhkan Majlis Pakatan Rakyat(MPR) akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

Selain itu, beberapa masalah yang sedang ditangani turut diberikan penjelasan, antaranya :
- rumah bocor di pangsapuri Sri Aman
- masalah PATI berniaga di Sg. Way
- Dewan Respon yang tiada status sah

No comments: