Wednesday, July 29, 2009

LAPORAN POLIS TERHADAP ARTIKEL UTUSAN MALAYSIA “SELANGOR OH SELANGOR 2: APA ADA DALAM NOTEBOOK BENG HOCK?

Saya ingin membuat laporan polis terhadap satu kenyataan yang dibuat oleh penulis artikel “Selangor Oh Selangor 2: Apa ada dalam notebook Beng Hock?” yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada 22 Julai 2009 (Utusan Online) adalah bersifat spekulasi dan bertujuan untuk memesong siasatan pihak berkuasa terhadap kematian mendiang Teoh Beng Hock.
Kenyataan itu adalah berbunyi seperti berikut:
“Difahamkan Beng Hock, yang merupakan seorang pemuda yang bercakap lembut dan kaki buku mulai gelisah apabila komputer ribanya mula dibuka. Ia dikatakan berlaku sekitar pukul 1 pagi. Tidak pasti apa ada dalam komputer itu yang menyebabkan beliau terlalu gelisah. Tapi yang jelas bahan-bahan dalam komputer itu amat penting untuk siasatan.”
Nama penulis artikel ini tidak diketahui. Jikalau penulis artikel ini mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan polis, maka beliau dan Utusan Malaysia harus tampil membantu polis menjalankan siasatan.
Mereka harus menarik balik kenyataan ini dan meminta maaf kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock jikalau kenyataan mereka ini didapati tidak benar dan bersifat spekulasi. Saya meminta polis untuk menyiasat artikel dan penulis artikel ini serta Utusan Malaysia jikalau mereka mempunyai apa-apa maklumat lain yang berkaitan dengan kes kematian mendiang Teoh Beng Hock. Sekian laporan saya.

No comments: