Thursday, June 04, 2009

Jawatankuasa ABAS Nilai Prestasi SGLC

Hj Saari dan ahli-ahli JPK ABAS sedang
mengadakan perbincangan pihak pengurusan
tertinggi KDEB – Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

Dipetik daripada www.hulukelang.com

SHAH ALAM, 27 MEI -Jawatankuasa Pilihan Khas Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor atau JPK ABAS adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan menurut peraturan-peraturan Dewan Undangan Negeri Selangor. JPK ABAS diwujudkan bagi memantau perjalanan dan pentadbiran agensi-agensi, badan-badan berkanun dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

Di samping mencadangkan kepada Dewan Undangan Negeri bagi penambahbaikan agensi-agensi dan anak-anak syarikat kerajaan, JPK ABAS juga akan menjalankan penyiasatan tertutup dan jika perlu membuat kerja-kerja asas bagi membolehkan SELCAT mengadakan pendengar awam.

JPK ABAS telah ditubuhkan pada 15 Mei 2009 dengan dianggotai olehYB Lau Weng San (ADUN Kampung Tunku), YB Muthiah a/l Maria Pillay (ADUN Bukit Melawati), YB Khasim Abdul Aziz (ADUN Lembah Jaya), YB Hannah Yeoh (ADUN Subang Jaya), YB Dato’ Mohamad Satim Diman (ADUN Sri Serdang) dan YB Dato’ Amiruddin Setro (ADUN Jeram).

Hj Saari telah dilantik sebagai pengerusi JPK ABAS. Siri lawatan JPK ABAS dalam tempoh dua minggu ini adalah PKNS, KDEB, PKPS, Yayasan Selangor dan PNSB.

No comments: