Jawatankuasa Pembantu Belia dan Sukan is organising a convention to formulate youth policies in Selangor.
Hope you can forward this message and get as many people to attend as possible. The convention is organised from 2-4 June at PJ Hilton hotel. 6th June we have a big gathering and our Selangor MB will come and address.
Hope you can take part in the Selangor government convention.
For register please email you name, contact, age and email to sbns.gens@gmail.com cc.dapteratai@gmail.com.
KENYATAAN MEDIA KONVENSYEN AGENDA PEMBANGUNAN BELIA SELANGOR 2 - 4 JUN 2009
SHAH ALAM, 01 Jun 2009 - Kerajaan Negeri Selangor mengorak langkah proaktif dengan mengadakan Konvensyen Agenda Pembangunan Belia Negeri Selangor pada 2-4 Jun 2009 dengan majlis penutup pada 6 Jun 2009.
Program berbentuk forum selama tiga hari dengan dua forum setiap hari ini terbuka kepada orang awam khususnya golongan belia. Hasil perbincangan di konvensyen pada 2-4 Jun ini akan digarap dan dirumuskan untuk menjadi asas panduan kepada program-program pembangunan belia oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Butiran program adalah seperti berikut:
2 Jun (Selasa), 8 - 11 malam
Dewan 1) Konflik Kemanusiaan dan Penglibatan Belia dalam NGO
Ahli Panel: 1) Siti Altaf Deviyati Ismail, UNDP; 2) Cikgu Husin, Yayasan Aman
Dewan 2) Universiti: Kilang Pekerja atau Membangun Modal Insan
Ahli Panel: 1) Dr Azmi Sharom, UM; 2) Khalid Jaafar, Institut Kajian Dasar
3 Jun (Rabu), 8 - 11 malam
Dewan 1) Prospek Seni Budaya dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Ahli Panel: 1) Eddin Khoo, Aktivis budaya; 2) Namron, Penggiat seni
Dewan 2) Apa Selepas DEB?
Ahli Panel: 1) Prof Raja Rasiah, UM; 2) Hasmi Hashim, Penganalisis Sosial
4 Jun (Khamis), 8 - 11 malam
Dewan 1) Penglibatan Golongan Muda Dalam Politik Baru
Ahli Panel: 1) Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman, Timb Setiausaha Agung PKR;
2) Lee Khai Loon, Youth for Change
Dewan 2) Sukan sebagai Kerjaya Hidup
Ahli Panel: 1) Roslin Hashim, Pemain badminton negara; 2) Koo Cai Lin, Perenang dan Olahragawati Selangor 2008
Majlis penutupan akan diadakan pada Sabtu ini (6 Jun), 8 pagi - 12 tengahari, di Hotel Hilton PJ. Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menyampaikan ucaptama setelah selesai pembentangan hasil perbincangan di konvensyen pada tiga hari tersebut.
Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) yang bertanggungjawab mengelolakan program ini merupakan sebuah badan dibawah naungan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab merangka, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan belia di Negeri Selangor.
Program-program anjuran SBNS menggunakan slogan “Gen-S” iaitu singkatan untuk Generasi muda Selangor yang memiliki sahsiah diri yang tinggi, mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab sosial, mempunyai apresiasi terhadap seni, aktif dalam sukan serta bersemangat dalam aktiviti kesukarelawan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Muaz Omar pada talian 012-2222003 atau sbns.gens@gmail.com.
SEKRETARIAT AKHBAR
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
No comments:
Post a Comment