Wednesday, June 17, 2009

My oral questions for the upcoming State Assembly

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. TUAN LAU WENG SAN (KAMPUNG TUNKU)

1. TAJUK: Keperluan terhadap perumahan
PORTFOLIO: Perumahan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Apakah strategi-strategi konkrit dalam masa lima tahun yang ada pada kerajaan untuk memenuhi keperluan perumahan rakyat termasuk perumahan kos sederhana dan rendah di Selangor yang semakin berkembang dari segi jumlahnya khususnya di bandar-bandar besar?

2. TAJUK: Kadar jenayah
PORTFOLIO: Lain-lain
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Apakah langkah-langkah yang telah diambil dan cabaran yang dihadapi kerajaan untuk membendung kadar jenayah di Selangor?
b. Adakah kerajaan akan bercadang untuk mengambilalih perkhidmatan pasukan polis di Selangor untuk diletakkan di bawah penguasaan kerajaan negeri?

3. TAJUK: Pengambilalihan industri air
PORTFOLIO: MTES
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Apakah perkembangan terbaru rundingan pengambilalihan industri air di Selangor dan sama ada kerajaan berhasrat untuk mengekalkan tawaran harga sebelum ini untuk meneruskan rundingan?
b. Adakah benar bahawa kerajaan negeri diminta untuk menanggung hutang yang ditanggung oleh syarikat-syarikat air ini?

4. TAJUK: Perkhidmatan awam
PORTFOLIO: Lain-lain
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Adakah perubahan-perubahan yang bakal dijalankan ke atas sektor perkhidmatan awam di kerajaan Selangor untuk mengukuhkah sistem penyampaian perkhidmatan di peringkat PBT dan Kerajaan Selangor?
b) Adakah kerajaan negeri mempunyai autonominya dalam pengisian jawatan-jawatan kelas profesional dan pentadbiran?

5. TAJUK: Hasil pasir
PORTFOLIO: Pengurusan sumber alam
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Apakah pulangan dari segi royalti, dividen dan bayaran kepada kerajaan negeri, agensi-agensinya serta anak-anak syarikat kerajaan yang terkini sehingga pertengahan tahun ini hasil daripada industri perlombongan sumber-sumber semulajadi seperti pasir?
b. Apakah matlamat dan sasaran kerajaan untuk mempertingkatkan pulangan ini?

6. TAJUK: Penggunaan intenet jalur lebar
PORTFOLIO: Sains, teknologi dan inovasi
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Apakah rancangan yang ada pada kerajaan untuk membangunkan penggunaan internet jalur lebar di Selangor?
b. Bagaimanakah kerajaan Selangor dapat melibatkan diri dalam pembangunan penggunaan internet jalur lebar di Selangor khususnya WiMAX?

7. TAJUK: OSCC
PORTFOLIO: Hal ehwal wanita
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Bagaimanakah pembentukan OSCC dapat membantu golongan wanita?
b. Apakah program-program yang akan dilancarkan oleh kerajaan untuk membantu golongan wanita khususnya ibu tunggal dalam membantu mereka menghadapi cabaran hidup?

8. TAJUK: Pelaburan ke Selangor
PORTFOLIO: Pelaburan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Berapa banyak pelaburan yang masuk ke Selangor sehingga sekarang pada tahun ini?
b. Apakah masalah-masalah yang masih dihadapi oleh Kerajaan Selangor dalam menarik lebih banyak pelaburan asing dan domestik ke negeri Selangor?

9. TAJUK: Pendaftaran kontraktor
PORTFOLIO: Infrastruktur dan kemudahan awam
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Apakah status terkini usaha pendaftaran kontraktor-kontraktor dan pembekal-pembekal oleh kerajaan Selangor dan berapa ramai kontraktor dan pembekal kredibel yang telah didaftarkan oleh kerajaan sehingga sekarang?
b. Bilakah kerajaan akan bermula mengguna kontraktor-kontraktor ini?

10. TAJUK: PKFZ
PORT FOLIO: Perindustrian dan perdagangan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Apakah rancangan yang ada pada kerajaan negeri jikalau PKFZ diserahkan kepada kerajaan negeri?
b. Apakah syarat-syarat kerajaan negeri untuk mengambil alih PKFZ memandangkan projek ini menanggung kerugian yang besar setakat sekarang?

No comments: