PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA
Y.B. TUAN LAU WENG SAN (KAMPUNG TUNKU)
1. TAJUK: Tragedi Jaya Supermarket Seksyen 14 PJ
PORTFOLIO: Pengurusan bangunan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Kerajaan Selangor telah menyenaraihitamkan enam pihak yang terlibat dalam tragedi Pasaraya Jaya di Seksyen 14, Petaling Jaya. Apakah penglibatan kesemua syarikat ini dalam projek-projek pembangunan di PBT yang lain dan bagaimana PBT dapat memantau projek-projek sedia ada yang masih diusahakan mereka?
2. TAJUK: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
PORTFOLIO: Pembangunan modal insan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Apakah program-program yang telah dijalankan untuk memupuk budaya membaca di Selangor?
b. Berapa banyak koleksi buku-buku di perpustakaan-perpustakaan di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan perpustakaan-perpustakaan PBT di seluruh Selangor mengikut Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil?
3. TAJUK: Mesra Usia Emas
PORTFOLIO: Kebajikan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Apakah statistik pendaftaran Skim Mesra Usia Emas sehingga sekarang?
b. Apakah strategi yang ada pada kerajaan negeri untuk menggiatkan dan menggerakkan pendaftaran skim Mesra Usia Emas di seluruh Selangor?
c. Berapa banyak wang telah dibelanjakan/dibayar oleh kerajaan Selangor melalui program-program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor?
4. TAJUK: Sumbangan CSR
PORTFOLIO: Lain-lain
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a) Berapa banyak sumbangan CSR yang telah diberi oleh setiap satu anak-anak syarikat kerajaan negeri pada tahun 2008 dan 2009?
b) Meminta satu senarai lengkap sumbangan-sumbangan ini termasuk nilai sumbangan, si penerima sumbangan dan tarikh sumbangan diberi.
5. TAJUK: Tourism Selangor Sendirian Berhad
PORTFOLIO: Pelancongan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Meminta satu senarai lengkap program-program promosi yang telah dianjurkan oleh Tourism Selangor Sdn. Bhd., satu anak syarikat PNSB untuk mempromosikan pelancongan di Selangor pada tahun 2008 dan 2009?
b. Meminta satu senarai perbelanjaan dan itineri lawatan-lawatan PBT ke luar Negara yang diuruskan oleh syarikat ini pada tahun 2008 dan 2009.
6. TAJUK: Belanjawan Perbekalan Tahun 2009
PORTFOLIO: Kewangan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Meminta satu senarai perbelanjaan mengikut Maksud B1 [Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan] hingga B29 [Perbendaharaan (Perbelanjaan Am)] sehingga sekarang berbanding dengan apa yang telah dibajetkan untuk tahun 2009.
7. TAJUK: Iklan haram
PORTFOLIO: Kerajaan Tempatan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Meminta bilangan kain rentang dan poster haram Ah Long yang dirampas dan diturunkan oleh penguatkuasa setiap PBT pada tahun 2008.
b. Apakah strategi yang ada pada setiap PBT untuk menyelesaikan masalah iklan haram.
8. TAJUK: Rizab simpanan wang dan hartanah PBT
PORTFOLIO: Kerajaan Tempatan
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Meminta satu senarai rizab simpanan wang di setiap PBT sejak tahun 2007 hingga sekarang.
b. Meminta satu senarai hartanah dan bangunan yang dimiliki setiap PBT sehingga sekarang serta nilai pasaran semasanya.
9. TAJUK: OSCC
PORTFOLIO: Hal ehwal wanita
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Bagaimanakah pembentukan OSCC dapat membantu golongan wanita?
b. Apakah program-program yang akan dilancarkan oleh kerajaan untuk membantu golongan wanita khususnya ibu tunggal dalam membantu mereka menghadapi cabaran hidup?
10. TAJUK: Kereta rasmi
PORTFOLIO: Lain-lain
Bertanya kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar: -
a. Senaraikan perbelanjaan penyelenggaraan dan model kereta rasmi pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang, Pegawai Kewangan Negeri, semua YDP, semua Datuk Bandar dan semua Pegawai Daerah untuk tahun 2008.
b. Senaraikan model dan perbelanjaan kereta baru kegunaan rasmi pejabat, jabatan dan agensi kerajaan negeri pada tahun 2008 dan 2009?
No comments:
Post a Comment