Kenyataan Media ADUN
DAP Kawasan Kampung Tunku, Selangor, Lau Weng San pada 21 Jun 2016 di Petaling
Jaya:
Sejurus selepas
keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala
Kangsar, banyak spekulasi dan kenyataan daripada kem dan jentera Barisan Nasional
(BN) Selangor bahawa mereka yakin dan mampu untuk mengambil alih kerajaan
Selangor pada Pilihanraya Umum (PRU) yang akan dating.
Sebelum BN Selangor
beridam untuk mengalahkan Pakatan Harapan dalam PRU yang akan dating, BN
Selangor perlu membuktikan terlebih dahulu kepada rakyat dan pengundi di
Selangor bahawa BN Selangor merupakan pembangkang yang berkredibel dan berkesan
serta efektif.
Maka untuk menjadi
pembangkang yang berkesan, BN Selangor perlu melakukan perkara-perkara seperti
berikut:
1.
Mengisi
segera jawatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor yang sekian lama
dikosongkan akibat perletakan jawatan penyandangnya yang terdahulu, Datuk Mohd Shamsudin
Lias, ADUN Sungai Burung.
2.
Menjadi
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) DUN Selangor sekaligus memenuhi
keperluan Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor dan tradisi Komanwel.
3.
Menerimapakai
peruntukan kawasan sebanyak RM200,000 setahun yang ditawarkan oleh kerajaan
Selangor sejak tahun 2015. RM200,000 ini merupakan satu permulaan ke arah mengiktiraf
sumbangan wakil rakyat pembangkang terhadap pembangunan negeri.
Adalah diketahui umum
bahawa pembangkang di DUN Selangor yang diterajui oleh UMNO Selangor telah
menolak ketiga-tiga tawaran di atas kerana budaya politik UMNO yang masih
ketinggalan zaman.


































