Friday, February 27, 2009

Taklimat penstrukturan semula industri air

Berikutan perkembangan terkini berkenaan dengan rundingan pembelian semula keempat-empat syarikat pembekal air di Selangor antara mereka dengan kerajaan negeri Selangor, ditambahkan dengan pengumunan unilateral oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) untuk terus berunding dengan keempat-empat syarikat air ini, maka Pejabat ADUN Kampung Tunku akan mengadakan satu taklimat penstrukturan industri air negeri Selangor. Taklimat ini akan dijalankan melalui Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah membentuk satu Jawatankuasa Panel Kajian Semula Air Selangor untuk membantu kerajaan negeri menguruskan hal ehwal pengambilan syarikat-syarikat air ini. Walaupun begitu, rakyat di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan hanya boleh mengharapkan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi untuk membuat satu keputusan yang jelas supaya kerajaan negeri boleh meneruskan rundingan dengan syarikat-syarikat air ini.

Jikalau Menteri dapat menimbang kepentingan rakyat dalam membuat keputusan ini, maka kadar tariff air di bawah pengurusan kerajaan negeri pasti akan menurun dan tidak akan dinaikkan.

Oleh itu, kami akan mengadakan sesi taklimat di seluruh negeri Selangor untuk menerangkan kepada rakyat apa yang berlaku sebenarnya supaya kerajaan persekutuan akan menunduk kepada kuasa rakyat dan seterusnya hak berunding terus diberi kepada kerajaan negeri.

Hal ini sedemikian kerana rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya) merupakan pengguna-pengguna air dan mereka berhak untuk mengetahui kisah benar.

Kami akan memaklumkan secara terperincinya maklumat berkenaan dengan taklimat ini tetapi ianya pasti akan diadakan di Petaling Jaya. Saya menjemput semua untuk melayari laman sesawang saya untuk perkembangan terbaru。Jemputan ini adalah dibuka kepada semua pihak.

No comments: