Tuesday, July 31, 2007

马来西亚监狱泄漏鞭打行刑短片?

最近网络流传两部短片。这两部短片都是显示一名犯人被狱卒行鞭邢,以致屁股开花流血的恶心画面。

这两部短片相信是在马来西亚监狱里拍摄的,因为画面中的监狱局人员、狱卒以及犯人都是以国语(马来西亚语)沟通。同时画面中的监狱局人员和狱卒所穿的制服与我国监狱局和监狱人员的制服几乎一样。

马来报章《大都会日报》(Harian Metro)曾经在2006年11月13日刊登一则题为〈来自监狱的秘密DVD〉(DVD sulit dari penjara)。这则由Mohd Jamilul Anbia Md Denin撰写的文章可以从新海峡时报集团的存档中下载。其文如下:
Publication : HM
Edition :
Date : 13/11/2006
Page Number : 06
Headline : DVD sulit dari penjara
Words : 599
Byline : Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
Text :
KUALA LUMPUR: Rakaman video memaparkan enam banduan disebat yang diambil secara sulit, terlepas keluar dari simpanan Jabatan Penjara dan kini menjadi tatapan umum selepas dipercayai diulang cetak dan disalin dalam bentuk cakera video digital (DVD) sebelum dijual di pasaran gelap.
DVD terbabit menayangkan secara terperinci cara banduan di sebuah penjara menjalani hukuman sebat antara satu hingga 20 kali sehingga menimbulkan rasa ngeri apabila ada pesalah yang dirotan itu meraung kesakitan dan mengalami kecederaan serius.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan rakaman proses hukuman yang dilakukan secara sulit itu boleh terlepas ke luar tembok penjara dan seterusnya jatuh ke tangan penjual DVD sebelum ia dipasarkan kepada orang ramai.
Harian Metro yang mendapat salinan DVD berjudul `Rotan 18SG' berharga RM10 setiap satu itu mendapati, sampul DVD itu tertera gambar banduan disebat.
Berdasarkan sampul itu, pengedar mendakwa rakaman video terbabit diambil jurugambar amatur yang juga pegawai penjara menggunakan kamera video.
Rakaman terbabit pada peringkat awalnya menyiarkan beberapa banduan lelaki berbaris sambil menunggu pemeriksaan doktor sebelum menjalani hukuman rotan.
Turut ditunjukkan adalah visual seorang doktor bertugas di penjara terbabit memeriksa kesihatan banduan sebelum hukuman dijatuhkan.
Rakaman video itu kemudian menunjukkan seorang `tukang sebat' berbaju putih dan seluar panjang gelap melakukan sesi `memanas badan' dengan memukul rotan ke arah objek seperti bantal pada kayu palang yang akan digunakan untuk merotan pesalah.
Rakaman seterusnya menunjukkan seorang pegawai penjara berjalan menuju tempat hukuman dijalankan sebelum lensa kamera video memfokuskan ke arah beberapa fail peribadi banduan yang bakal dikenakan hukuman rotan.
Tidak lama kemudian, seorang banduan lelaki berjalan ke arah pegawai terbabit sebelum memberitahu nama dan nombor pengenalan banduannya.
Pesalah disandarkan pada palang kayu sebelum seolah-olah diikat beberapa kakitangan penjara dalam keadaan bahagian punggung banduan itu terdedah.
Sebaik seorang pegawai penjara mengeluarkan arahan dua kali hukuman rotan, `tukang sebat' kemudian melepaskan dua sebatan ke arah punggung pesalah.
Kamera video turut memfokuskan bahagian punggung pesalah yang calar dan berdarah sebaik dirotan.
Rakaman seterusnya memaparkan tiga lagi banduan yang turut dirotan sebanyak satu hingga dua kali.
Turut dipertontonkan, seorang pesalah lelaki dibacakan semula kesalahan dan hukumannya iaitu dipenjara 11 tahun dan 13 sebatan.
Pesalah dijatuhkan hukuman rotan serentak sebelum berjalan masuk ke bilik rawatan sambil diiringi beberapa wadar penjara.
Rakaman selanjutnya menunjukkan pegawai penjara melawat banduan yang selesai menjalani hukuman rotan dalam bilik rawatan.
Kebanyakan banduan dilihat berbaring sambil punggung mereka disapu ubat.
Pada sesi seterusnya, rakaman video terbabit tambah `panas' apabila memaparkan seorang banduan menerima hukuman 20 sebatan.
Banduan yang tidak dapat menahan kesakitan beberapa kali menjerit `Allahhu Akhbar' sebaik rotan singgah di punggungnya.
Susulan paparan DVD itu, Harian Metro cuba menjejaki penjualnya sebelum mendapati ia diedarkan seorang peniaga di 'Pasar Karat', Jalan Petaling di sini.
Wartawan Harian Metro menyamar pelanggan sebelum memasuki pasar terbabit jam 6 pagi semalam.
Hasilnya, seorang lelaki berusia sekitar lewat 40-an berniaga DVD terbabit di hujung pasar itu dengan hanya membuka meja.
Lelaki itu turut menayangkan sedutan rakaman terbabit untuk menarik pengunjung pasar itu dengan menggunakan pemain DVD mudah alih bersaiz kecil.
Sewaktu dihampiri, lelaki itu memberitahu DVD terbabit dirakamkan secara sulit dan tidak mungkin dapat dibeli di mana-mana premis atau kedai.
Ketika diminta mengurangkan harga DVD dijual, lelaki terbabit memberitahu dia perlu membayar komisyen kepada `individu' yang mengedarkannya.
Tinjauan Harian Metro selama satu jam mendapati puluhan pelanggan mengerumuni meja jualan itu.
Seorang pelanggan yang ditemui berkata, pendedahan hukuman sebat itu secara terbuka tidak jauh bezanya dengan gambar boegl seorang suri rumah melakukan ketuk ketampi dalam lokap disebarkan melalui klip video, Jun tahun lalu.
Ia sepatutnya menjadi rahsia jabatan kerajaan dan tidak sewenang-wenang didedahkan kepada umum apatah lagi untuk mendapatkan keuntungan.
无论如何,我们无法求证到底文中所言的DVD是否就是我们在网络中所看到的短片,因为这两片短片已经遭人上载到网络。

而我们也无法从网络,尤其是主流媒体的旧闻存档获得政府针对这则报道的回应,因为这两则短片可能是当局用来做教育警惕或训练官员用途。

虽然《大都会日报》在去年11月刊登这则消息,但是这两则短片却能够通过以下网址观看得到:http://www.liveleak.com/view?i=ebe_1181569371以及 http://www.liveleak.com/view?i=5ab_1172940415。律师公会的网站也有报道这则新闻

如果这两则短片并非是用作教育警惕或训练官员用途,而是监狱鞭邢的实录,那将会是非常不幸的,因为这引发一连串的问题,即为何监狱局要把鞭打犯人的整个经过在有意识的情况之下录起来呢?到底这是不是发生在没有被鞭打的犯人呢?就算监狱局有理由把整个经过录起来,为何当局大意让这些泄露出去呢?如果不是鞭邢实录,为何政府当时不立即做出回应?

由于有关方面并没有及时作出澄清,现在这些短片已经被上载到网络去,浏览者的留言已经影响我国的形象。因此我们要求政府交待到底这些短片是否属于真正实录还是纯粹为教育警惕或训练官员用途的短片?

No comments: