Tuesday, November 25, 2008

Ahli Jawatankuasa DAPSY Bahagian Petaling Jaya Utara (Selangor) 2008

Ahli Jawatankuasa DAPSY Bahagian Petaling Jaya Utara (Selangor) 2008

Ketua Pemuda: Lau Weng San (Taman Paramount)

Timbalan Ketua Pemuda: Lim Swee Kuan (SS2)

Setiausaha: Thomas Goh Pheng Soon (Sungai Way - Subang)

Penolong Setiausaha: Christopher Chu Kok Fung (Taman Paramount)

Bendahari: Edward Yap Kim Swee (Damansara)

Setiausaha Organisasi: Wai Ko-Chi (Taman Paramount)

Setiausaha Publisiti: Medaline Chang She-Yun (Sungai Way - Subang)

Setiausaha Budaya Dan Kemsayarakatan: Tiew Way Keng (SS2)

Ahli Jawatankuasa: Albert Wong Kai Cheat (SS2), Charles Abraham (SS2), Agnelius Thew Yeung Len (Damansara), Tony Pua (Damansara)

Auditor: Lee Yuen Meng (Taman Paramount), Beh Jiun Jye (Sungai Way - Subang)


Usul dan Resolusi Bahagian Untuk Kongress DAPSY Kebangsaan

Politik:

1. Menyeru Kerajaan Persekutuan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan membebaskan mereka yang ditahan di bawah ISA.

2. Menyeru Kerajaan Persekutuan meminda Akta Kerajaan Tempatan untuk melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan.

3. Menyeru Kerajaan Persekutuan untuk membentuk IPCMC secepat mungkin.

4. Menyeru Kerajaan Persekutuan membentuk sebuah Suruhanjaya DiRaja berkenaan dengan Pembaharuan Pilihanraya.

5. Menyeru supaya Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai sebuah badan bebas yang tidak tertakluk di bawah apa-apa jabatan kerajaan.

6. Meminta pimpinan Pakatan Rakyat untuk bermusyuarat dan menetapkan dasar-dasar yang sama berkenaan dengan isu-isu pentadbiran utama.

7. Menyeru Kerajaan Persekutuan menghormati hak Kerajaan-kerajaan Negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak bercampur tangan dalam urusan Kerajaan Negeri.

Pendidikan:

8. Menyeru Kerajaan Persekutuan supaya membuka SJKC Damansara (sekolah asal) secepat mungkin untuk memenuhi keperluan mesyarakat tempatan terhadap pendidikan bahasa ibunda.

9. Menyeru Kerajaan Persekutuan memulihkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasan ibunda.

10. Menyeru Kerajaan Persekutuan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Budaya:

11. Menyeru Kerajaan Persekutuan mengutamakan kebebasan beragama.

Ekonomi:

12. Menyeru Kerajaan Persekutuan menhapuskan Dasar Ekonomi Baru dan menghapuskan kemiskinan di semua kaum dengan adil dan saksama.

13. Membidas tindakan Kerajaan Persekutuan menyuntik sebanyak RM5bilion wang rakyat ke dalam Valuecap.

14. Meminta Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk mementingkan meritokrasi dalam melantik pegawai-pegawai kanan dalam GLC.

15. Mengecam tindakan polis menggunakan kekerasan terhadap perhimpunan aman.

- Dicadangkan oleh Bahagian: Petaling Jaya Utara
- Disokong oleh Bahagian: Serdang

No comments: