Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Aidil Adha kepada seluruh pendokong demokrasi serta seluruh umat Muslim di Malaysia.
Sememangnya Aidil Adha mempunyai makna yang penting dalam sebuah perjuangan hidup insan dengan memberikan fokus kepada nilai pengorbanan.
Kesediaan berkorban dengan niat dan cara yang betul amat diperlukan sebagai prasyarat kejayaan samaada kepada mana-mana perjuangan termasuk perjuangan politik.
Penghayatan Aidil Adha ini adalah sangat bermakna dalam perjuangan politik tanahair di mana ianya selalunya diselubungi oleh sentimen-sentimen sensitif. Bukannya senang untuk memecahkan sentimen-sentimen sensitif ini kerana seseorang itu pengorbanan yang besar untuk berbuat demikian.
Ini jelas diperlihat dalam beberapa insiden yang berlaku baru-baru ini seperti kes M. Moorthy, kes ketuk-ketampi wanita bogel dan beberapa skandal besar yang melanda arena politik tanahair pada tahun lepas.
Justeru itu, perjuangan politik untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang betul-betul demokratik di mana setiap warga negara ini dapat menikmati hak-hak asasi mereka sebagaimana yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan 1957 merupakan satu perjuangan yang memang mencabar serta memerlukan pengorbanan jiwa, tenaga dan kewangan yang besar.
Walaupun begitu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia dapat berganding bahu dan bergabung tenaga untuk melepasi rintangan-rintangan ini agar kita dapat mewujudkan sebuah Malaysia yang makmur, sejahtera dan dinamik. Malaysia sudah mencapai kemerdekaan yang hampir menjangkau empat dekad dan kita mestilah memberanikan diri untuk bersedia membincangkan isu-isu sensitif yang juga sangat penting dengan hati yang rasional, jiwa yang terbuka dan minda yang inklusif.
Dengan itu, saya sekali lagi merakamkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat dan Selamat Bercuti kepada yang bukan Muslim.

No comments:
Post a Comment