Friday, January 11, 2008

Di mana Sharlinie?

Seoang lagi kanak-kanak telah hilang dan kali ini mangsanya merupakan seorang kanak-kanak Melayu perempuan berusia 5 tahun, Sharlinie.

Mengikut laporan Utusan Malaysia hari ini, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi 9hb Januari 2008, Sharlinie dan kakaknya Sharliena, 8, yang dalam perjalanan pulang dari bermain di taman permainan berdekatan rumahnya di Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, hilang ‘dalam sekelip mata’.

Lokasi kali terakhir Sharlinie dilihat kakaknya ialah kira-kira 150 meter dari rumah mereka iaitu di persimpangan lorong ke taman permainan itu dengan di kiri kanannya adalah rumah teres.

Sebelum Sharlinie yang berjalan kaki ‘hilang sekelip mata’, kakaknya yang menunggang basikal kira-kira lima meter di belakangnya, menoleh ke belakang kerana terdengar bunyi orang berjalan kaki.

Selepas ternampak kelibat seseorang di belakangnya, Sharliena beberapa saat kemudian menoleh semua ke depan dan mendapati adiknya itu telah hilang.

Dia pantas mengayuh basikal ke rumah datuknya berhampiran rumah mereka untuk bertanya sama ada Sharlinie sudah tiba di rumah tetapi akhirnya keluarga tersebut menyedari kanak-kanak itu telah hilang.

Sharlinie hilang hanya 24 jam selepas Nur Fatiha Zaidi, 6, diculik seorang lelaki ketika sedang bermain sendirian pada pukul 5 petang di pekarangan flat Desa Sepakat Sri Manja, Kampung Medan, kira-kira dua kilometer dari lokasi Sharlinie diculik.

Bagaimanapun, Nur Fatiha ditinggalkan penjenayah berkenaan di Wangsa Maju di sini kira-kira tiga jam kemudian.

Bagi pihak DAP Selangor dan DAP Petaling Jaya, kami berasa amat kesal dengan kejadian ini dan kami ingin menghulurkan bantuan dan kerjasama kami kepada semua pihak termasuk pihak Polis Daerah Petaling Jaya dan ahli-ahli keluarga Sharlini khususnya kedua-dua ibu bapanya.

Mana-mana orang yang nampak Sharlinie boleh menghubungi kami atas talian 03-79578022 atau emel kepada saya di lauwengsan@gmail.com.

1 comment:

MP3 said...

sama2la berdoa agar adik sharlini selamat ditemui..

http://top10mp3download.blogspot.com