Wednesday, January 09, 2008

Ditahan tanpa sebab - Encik Wong mengadu

Saya telah mengadakan satu sidang media pada hari ini untuk Encik Wong Ah Chee dari SS3, Petaling Jaya. Encik Wong telah mengadu bahawa beliau menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa PDRM.

Pada jam 5:45 petang 25hb Disember 2007 di Pasar Malam SS3, Encik Ng Ah Chee sedang balik dari pasar malam SS3. Apabila beliau sedang memandu keretanya meninggalkan pasar malam berkenaan, seorang pejalan kaki tiba-tiba melintas di hadapan keretanya dan beliau berhenti keluar melihat keadaan. Apabila beliau ingin keluar daripada keretanya, beliau dikelilingi oleh sekumpulan orang yang memukulnya dan kemudian datang seorang anggota polis yang enggan mengenalkan dirinya sendiri semasa beliau keluar daripada keretanya dan dipukul di bahagian kepala tanpa diketahui identiti orang yang memukulnya.

Beliau terus dibawa ke Balai Polis Sungai Way oleh sebuah kereta polis dan keretanya dipandu ke Balai Polis Sungai Way oleh pegawai polis berkenaan yang tidak pernah menunjukkan identitinya.

Encik Ng Ah Chee juga mengadu bahawa beliau terus ditahan di dalam lokap Balai Polis Sungai Way apabila beliau dapati dompetnya hilang sesampai di Balai Polis. Beliau kemudian terus dimasukkan ke dalam lokap dan kenyataan beliau tidak diambil. Beliau hanya dibebaskan kira-kira lima jam kemudian dan beliau membuat laporan polis.

Encik Ng Ah Chee berasa tidak puas hati dengan cara beliau ditahan dan dilayan dib alai polis di mana beliau telah ditahan oleh seorang anggota PDRM yang tidak mengenalkan dirinya sendiri dan beliau juga tidak diberitahui sebab-sebab beliau ditahan. Selain itu, beliau juga tidak puas hati apabila beliau terus dibawa masuk ke lokap tanpa sebab selama lima jam dengan tangannya digari sepanjang masa.

Saya telah menulis kepada Ketua Balai Polis Sungai Way pada 30hb Disember 2007 untuk meminta penjelasan daripada pihak Ketua Balai sendiri tetapi sehingga sekarang saya masih belum mendapat apa-apa jawapan.

No comments: