Chua Hock Kuan, Naib Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sessi 2005/06 telah membalas kenyataan dan saya di sini ingin menerbitkan semual suratnya di sini untuk tatapan semua. Berikut ialah isi penuh suratnya yang bertajuk "Kenyataan DAPSY Bercanggah" yang diterbitkan di Malaysia-today.net pada 9 Januari 2006:
Kenyataan DAPSY bercanggah (9/1/2006)
Saya telah membaca artikel yang dihantar kepada Pengarang Malaysiakini
daripada Naib Setiausaha Penerangan DAP saudara Lau Weng San.
Pada hemat saya, Lau tidak perlu rasa sedih dan aib setelah membaca artikel saya kerana ini adalah pendirian dan pemikiran saya sepertimana juga saya menghormati Pendapat Lau walaupun saya tidak bersetuju. Ini adalah hak saya untuk memberi maklum balas daripada kenyataan Lau yang menyentuh Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM). Bukankah Lau selalu melaungkan memperjuangkan hak mahasiswa? Lau tidak sepatutnya menyatakan saya tidak memahami realiti sebenar perbincangan semata-mata kerana saya bercanggahan pendapat dengan beliau. Itu adalah satu pemikiran yang agak tidak profesional.
Saya faham dengan apa yang dibincangkan dan yang sebenarnya Lau yang tidak memahami maksud penjelasan saya. Lau menyatakan saya memberi contoh yang tidak relevan kerana mengaitkan aktiviti black metal dan ajaran sesat ayah pin tetapi dalam kenyataan media Lau sebelum ini bertanyakan mengapa mahasiswa tidak mempunyai hak sebagai seorang rakyat Malaysia untuk berpersatuan dan menyertai pertubuhan walaupun mereka diberi kebebasan yang sama di dalam kampus. Aktiviti-aktiviti beginilah yang kita hendak sekat.
Seperti yang saya jelaskan terdahulu MPMUM tidak menyekat kesemua aktiviti luar tetapi sebahagian sahaja. Kita tidak menyekat mahasiswa berpersatuan sekiranya tidak memudaratkan akademik mereka kecuali kegiatan yang melanggar undang-undang. Lau juga belum menjawab soalan saya tentang contoh persatuan dan pertubuhan yang kita sekat mahasiswa menyertainya. Lau sebagai seorang pemimpin tidak boleh mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang fakta.
Kita bukan kekurangan akta tetapi sebagai mahasiswa kita terikat dengan peraturan tambahan iaitu AUKU. AUKU ini khas untuk membicarakan kes salahlaku mahasiswa. Jika tiada AUKU mahasiswa mungkin akan diadili lebih tegas mengikut akta dan perlembagaan yang sedia ada. Maka dalam hal ini saya lihat AUKU juga bertindak sebagai pelindung kepada mahasiswa. Tidak semua mahasiswa yang diadili dengan AUKU dikenakan tindakan berat kerana mereka diadili seadilnya serta diberi peluang dengan jalan penyelesaian. Satu lagi persoalannya ialah sekiranya kita di pihak yang benar kita tidak perlu takut pada AUKU kecuali kita berniat untuk melakukan kesalahan dan mengelak untuk dikenakan tindakan.
Saya membuat perbandingan AUKU dengan perlembagaan persekutuan kerana Lau menyatakan AUKU usang. Saya tidak membuat sangkaan buruk tetapi meminta penjelasan DAPSY mengapa ia dianggap usang? DAPSY telah menghina sistem perundangan Malaysia yang meluluskan AUKU. Malah sepatutnya saudara Lau yang harus menarik balik kenyataan bahawa AUKU adalah akta yang usang. Jika akta yang dipinda dari semasa ke semasa oleh begitu ramai ahli parlimen mengikut suara majoriti pun dianggap tidak relevan oleh DAPSY saya tidak nampak lagi apakah akta yang relevan bagi DAPSY. Mungkin akta yang digubal oleh DAPSY sendiri sekiranya
berjaya memerintah negara kelak barulah DAPSY mengiktiraf akta tersebut.
Jawapan saya kepada soalan Lau:
1. Adakah mahasiswa-mahasiswi dibenarkan untuk menyertai kerja-kerja pemindaan AUKU yang telah dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi?
Jawapan: Mahasiswa memang tidak terlibat dengan pemindahan AUKU. Namun kita harus menaruh kepercayaan kepada jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dimana Menteri sendiri yang memilih ahli jawatankuasa tersebut. Malah ahli jawatankuasa akan dilantik daripada golongan-golongan profesional termasuklah peguam yang arif dengan undang-undang. Walaupun mahasiswa merupakan subjek utama dalam perlaksanaan AUKU, tidak semestinya kerja pemindaan ini melibatkan mahasiswa. Apa yang lebih penting AUKU yang dipinda dapat menjadi mekanisme penyelesaian kepada masalah mahasiswa.
2. Adakah mahasiswa-mahasiswi diberi peluang untuk menjadi sebahagian
daripada pengurusan universiti dalam perkara dan isu yang berkaitan dengan hak mahasiswa di dalam kampus?
Jawapan: Sebagai mahasiswa kita tidak harus mencampuri urusan pengurusan kerana pentadbiran yang sedia ada di bawah pimpinan naib canselor Universiti Malaya Dato’ Profesor Dr. Hashim Yaacob telah begitu lancar. Kita juga harus hormat dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak kementerian kepada beliau untuk mengendalikan universiti. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan universiti masih mengambilkira pandangan dan pendapat MPMUM sebagai wakil mahasiswa tentang masalah mahasiswa yang kita salurkan mengikut kuasa budi bicara.
3. Adakah pandangan mahasiswa-mahasiswi diserap ke dalam pentadbiran dan pengurusan universiti?
Jawapan: Ya. Pandangan mahasiswa-mahasiswi memang diserap dalam pentadbiran dan pengurusan sekiranya ia bernas dan untuk kebaikan bersama. Ini dibuktikan dengan pertemuan demi pertemuan yang diatur antara MPMUM sebagai wakil pelajar dengan pihak pentadbiran universiti. Dimana kita diberi peluang mengadu masalah dan berkongsi pendapat.
Saya kira saya cukup mengenali realiti sebenar menulis dan saudara Lau tidak perlu bimbang bahawa saya akan didakwa dibawah AUKU. Saya sedia dihukum jika didapati bersalah melanggar AUKU. Sebagai seorang wakil pelajar saya akan bertanggungjawab dengan apa yang saya buat bukannya menyalahkan kewujudan AUKU.
Chua Hock Kuan
Naib Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 2005/06