Thursday, October 23, 2008

BN masih angkuh dan tidak menghormati keputusan pilihanraya umum yang lepas

Ucapan Bajet (1)

Hari ini merupakan hari yang ke-229 Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri Selangor.

Terdapat banyak peristiwa berlaku sepanjang tempoh 229 hari yang lalu. Pertama sekali rakyat Malaysia mengalami krisis kenaikan harga dan kesuntukan bekalan makanan yang berlaku di pertengahan tahun akibat daripada kenaikan harga minyak yang mendadak.

Selepas itu, pilihanraya kecil Permatang Pauh menyaksikan kembalinya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Dewan Rakyat dengan undi majoriti yang jauh lebih besar, sekaligus menutup segala peluang UMNO untuk mencari political survivalnya melalui sentiment perkauman dan agama.

Rakyat Malaysia masih menyaksikan bagaimana UMNO begitu taksub dan gian dengan politik perkauman dan agama. Hanya yang memeranjatkan ialah mereka ini sekarang telah taksub dengannya sehingga terus menabur fitnah merata-rata tempat tanpa segan silu.

Kalaulah BN berkata bahawa kononnya kalau PR ingin menukar kerajaan pun, PR perlu mengikuti lunas-lunas politik dengan memenangi mandat ini melalui pilihanraya, maka saya pun ingin membuat seruan yang sama kepada BN.

Selama 229 hari ini, saya mendapati salah satu kelemahan besar BN khususnya UMNO ialah mereka masih enggan mengaku telah kehilangan kepercayaan rakyat kerana perasaan cemburu itu masih jelas kelihatan.

Semasa sesi sidang dewan yang lalu, terdapat tuduhan-tuduhan daripada ADUN BN yang mengatakan bahawa rakyat tersalah pilih PR kerana mereka “terpukau” dengan janji-janji manis yang tidak dapat dikota oleh PR.

Sikap sindrom penafian ini membuktikan bahawa BN masih hidup di dunia lama. Mereka masih berangan-angan bahawa mereka masih mampu menawan Selangor.

No comments: