Wednesday, October 29, 2008

Kepentingan Perhutanan Bandar dalam pembangunan

[Ucapan perbahasan (2) Halatuju Perancangan Pembangunan Selangor 2025 oleh ADUN Kampung Tunku Lau Weng San pada 29 Oktober 2008 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Shah Alam:]

PBT membelanjakan wang yang besar untuk tujuan penghijauan dan lanskap setiap tahun di Selangor tetapi selalunya wang yang diperuntukkan untuk penanaman pokok tidak digunakan dengan baik di mana pokok-pokok yang ditanam seperti pokok spesis sawit tidak dapat memberi kesan teduhan dan ini menjejaskan kualiti kehidupan bandar.

Saya meminta supaya program perhutanan bandar dapat dikembangkan dengan berkesan. Saya mencadangkan supaya Jabatan ini memulakan projek perintis perhutanan bandar di PBT-PBT tertentu seperti di Petaling Jaya dan Shah Alam sebagai langkah pertama untuk memajukan bidang ini di peringkat PBT dan seterusnya ke arah mewujudkan bandar-bandar hijau di Selangor menjelang tahun 2025.

Saya percaya program ini dapat digiatkan dengan berkesan jika Jabatan dapat bekerjasama dengan PBT-PBT yang mempunyai peruntukan bajet yang jauh lebih banyak untuk kerja-kerja lanskap. Hakikatnya, kita tidak ingin melihat negeri Selangor sebuah negeri yang penuh dengan hutan konkrit, tetapi sebuah negeri yang maju tetapi dipenuhi dengan kehijauan.

No comments: