DAP mengutuk arahan baru Kementerian Pendidikan bahawa pada tahun depan semua pelajar-pelajar sekolah di semua aliran bahasa sekolah akan menikmati perlaksanaan dasar pinjaman buku tanpa kira ibubapa kaya atau miskin, kecuali dua perkara Bahasa Cina dalam perkara Sains dan Matematik untuk SRC. Hanya buku teks Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan dipinjam secara percuma kepada pelajar SRC.
Dsikriminasi sedemikian ke atas buku Sains dan Matematik dalam Bahasa Cina adalah berlawanan dengan pengumuman yang dibuat oleh YAB sendiri semasa membentangkan Belanjawan 2008 bahawa semua ibubapa akan menjimatkan perbelanjaan membeli buku teks sekolah yang akan dibekalkan kerajaan tanpa kira aliran bahasa. Malangnya sebelum dasar ini dilaksanakan sudah wujud diskriminasi yang begitu ketara dan menyerlah.
Ini menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan masih berdegil ingin melaksanakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sungguhpun kerajaan sebelum ini telahpun memberikan kelonggaran kepada SRC untuk mengajar dalam Bahasa Cina. Malah masyarakat Cina sedang menunggu keputusan kerajaan untuk membenarkan peperiksaan UPSR tahun depan dalam Bahasa Cina untuk Sains dan Matematik sepertimana yang telahpun dijanjikan oleh parti komponen Cina dalam BN, iaitu MCA dan Gerakan.
Akan tetapi arahan baru ini menimbulkan keraguan dan soalan mengapakah pengumuman masih belum dibuat oleh Kementerian Pendidikan bahawa UPSR dalam Sains dan Matematik boleh diambil dalam Bahasa Cina. Pembelajaran Sains dan Matematik harus diadakan dalam bahasa ibunda kerana banyak pelajar-pelajar tanpa kira aliran bahasa tidak dapat memahami kedua-dua perkara kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah bukan sahaja di kalangan pelajar malah di kalangan guru-guru sendiri. Malah terdapat statistik oleh pendidik Bahasa Melayu yang menunjukkan bahawa kadar “keciciran” dalam dua perkara itu adalah 500,000 pelajar dalam tempoh masa 6 tahun ia dilaksanakan. Itulah sebabnya pihak kerajaan diminta mengkaji semula pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris untuk sekolah rendah.
Sebagai rumusan, YAB harus menghormati prinsip demokrasi dan keadilan untuk semua pelajar, termasuk SRC dan Sekolah Menengah Bebas Cina dalam perlaksanaan dasar pinjaman buku dan pengecualian pembayaran yuran peperiksaan. Adalah tidak adil dan tidak sama-rata sekiranya pelajar SRC tidak boleh mendapat pinjaman buku teks dalam Bahasa Mandarin untuk Sains dan matematik ataupun pelajar sekolah menengah bebas Cina tidak mendapat pengecualian dalam yuran peperiksaan.
Oleh itu, DAP meminta campur tangan YAB untuk membetulkan diskriminasi yang tidak bertanggungjawab dan menimbulkan keresahan dan perasaan tidak puashati di kalangan masyarkat Cina.
PUSAT KHIDMAT ADN BANTING
NO. 81, TINGKAT 1, JALAN TELUK BUNUT, TAMAN DELIMA, 42700 BANTING.
TEL: +6-012-6834724, +6-012-6924724,
EMAIL: lauwengsan@gmail.com
https://linktr.ee/lauwengsan
Service centre hour: 9am to 5pm (Monday to Friday)
Thursday, October 25, 2007
Diskriminasi buku teks SJKC tidak diberi percuma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment